Insan & Komuniti 16 Apr, 2021

Berita Terkini| Pelakon veteran, Abu Bakar Omar meninggal! Dipercayai alami masalah jantung!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Allahyarham bersama pelakon, Azhan Rani.  Kredit foto: IG azhan_rani


Pelakon veteran, Abu Bakar Omar, 72, disahkan meninggal dunia di Kedah Medical Central jam 9.04 pagi pada Jumaat, 16 April 2021 selepas didapati mempunyai masalah jantung.

Menurut laporan mStar 16 April 2021, anak Allahyarham iaitu Mohd Zainuddin berkata bapanya tidak menghidap sebarang penyakit kronik namun ada mengadu kepenatan dua hari lalu.

"Bapa telah kembali ke rahmatullah pada 9.04 pagi tadi di Kedah Medical Central. Malam tadi, masa pergi ke hospital bapa masih boleh bersembang, pemeriksaan doktor malam tadi juga nampak seperti ada masalah jantung.

"Jenazah akan diuruskan di kediaman arwah di Kampung Bukit Nyamuk, Kuala Nerang dan akan dikebumikan selepas solat asar di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Jalan Pegawai Alor Setar, Kedah," katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri, Faridah Abdul Manaf dan empat anak yang masih hidup.

Antara anugerah pernah dimenangi Abu Bakar ialah Anugerah Skrin bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik tahun 2012 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (1999). - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
3
0
0
You will be interested