Insan & Komuniti 04 Sep, 2020

Covid-19: Mula-mula nenek! Kini ayah Daler Yusof meninggal!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
DALAM tempoh kurang sebulan pelakon Daler Yusuf, 28, kehilangan dua orang tersayang akibat pandemik, virus Covid-19. Pada 7 Ogos 2020 lalu, Daler kehilangan nenek yang mengasuhnya, Muhammadiyeva Shodi, 76, setelah beberapa hari koma. Dan kini ayahnya pula, Dusmat Hamroyev menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit berbahaya itu di Uzbekistan pada Khamis, 3 September 2020 lalu. : KitaReporters 

Ia merupakan peristiwa yang cukup menyedihkan Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad sepanjang hidupnya.

Namun dia menganggap ia adalah dugaan Tuhan dan menerima takdir Allah SWT dan mendoakan agar arwah bapanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Nenek Daler meninggal pada 7 0gos 2020. Kredit foto: IG; daleryusuf


Daler berkongsi mengenai hajat bapanya yang tidak kesampaian.

"Rasanya, ini adalah tahun paling sukar buat saya. Hari ini (Khamis 3 September 2020), bapa saya meninggal dunia akibat Covid-19. Banyak hajat dia dan cita-cita yang belum kesampaian. Tapi saya percaya, Allah lebih sayangkannya.

"Semoga Allah mengurniakan rohnya tempat di kalangan orang beriman. Minta semua doakan Daler dan keluarga kuat," tulisnya. 

Ketika sampai ke Malaysia tidak tahu berbahasa Malaysia tapi berazam belajar.


Pelakon kelahiran Uzbekistan ini datang ke Malaysia pada tahun 2010 untuk melanjutkan pelajaran dan merupakan lulusan dalam bidang perniagaan dari Westminster International College. Ketika tiba di Malaysia dia tidak tahu berbahasa Malaysia. Tetapi dengan azam yang kuat dia belajar Bahasa Malaysia dan belajar budaya tempatan.

Ketika masih belajar dan dalam usia 19 tahun, Daler menjadi model sambilan dan berjaya menjadi pelakon iklan beberapa jenama seperti Maxis, Samsung dan Baskin Robbins.

Dengan ketampanannya memudahkan Daler menjadi model dan pelakon di negara ini


Dengan ketampanan wajahnya membolehkan Daler diterima sebagai pelakon di negara ini sejak 2015. Bermula dengan drama Tuan Anas Mikael, Daler telah berlakon dalam 17 drama bersiri dan drama panjang.

Namun lakonan yang masih diingati ramai adalah dalam drama bersiri ‘Encik Suami Mat Salih Celup’ dan ‘Titian Cinta’.

Pada 2015, Daler berjaya membintangi filem usahasama Malaysia-Indonesia bertajuk ‘Katil Tua’. 

Innallillahi wainna ilaihirojiun... Takziah kepada Daler dan keluarga. - KitaReporters
1
0
0
0
0
You will be interested