Insan & Komuniti 11 Aug, 2020

Tiga artis kehilangan orang tersayang! Afdlin, Ezad, Daler!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
TIGA artis kehilangan orang tercinta mereka dalam tempoh beberapa hari ini. Awal padi Selasa 11 Ogos 2020 tadi, Datuk Afdlin Shauki kehilangan ayahandanya, Aksan Abu Bakar. Sebelum itu, Ezad Lazim kehilangan ibunya, Rosadah Jahaya, manakala Daler Yusuf kehilangan neneknya Muhammadiyewa Shodi. Innalillahi wainna ilaihirojiun!! Semoga Allah ampuni segala dosa mereka!! : KitaReporters

Gambar kiri, Allahyarham Aksan Abu Bakar dan gambar kiri, Afdlin ketika melawat ayahnya di hospital. - Kredit foto; IG afdlinshaukiofficial


Lagi cerita-cerita berkaitan mereka yang meninggal dunia:

https://kitareporters.com/search?search=meninggal+dunia


Pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki Aksan, 49, kehilangan bapanya, Aksan Abu Bakar yang meninggal dunia pada jam 2.57 pagi, Selasa, 11 Ogos 2020 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Afdlin mengesahkan kematian itu dalam muat naik mesej dalam Instagramnya. Bapanya disahkan meninggal dunia selepas menjalani satu pembedahan di HUKM, Cheras, Kuala Lumpur malam tadi, Isnin 10 Ogos 2020.

Dia meminta orang ramai sedekahkan al-Fatihah dan doa buat Allahyarham bapanya.

Afdlin memuat naik berita kematian bapanya dalam IGnya. - Kredit foto; vanilladaily


Bagaimanapun, Afdlin tidak mendedahkan penyakit yang dihidapI Allahyarham. Berikut adalah kenyataan Afdlin dalam Instagramnya, aflinsyaukiofficial:

“2.57 am 11/8/2020 di HUKM Cheras tingkat 2. Innalillah wainna illaihi rojiuun. Senyuman terakhir papa yg tak habis -habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Tiada lagi Aksan bin Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri. Bapa ku yg tercinta. Dia berpesan kepada ku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau. Tolong ampunkan ye.. please! Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yg beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dgn sesiapa. Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa beliau dan terimalah amalan dan kebaikan beliau. Tempatkanlah roh beliau dikalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah. I love you papa... Assalammualaikum,”

Foto ayah dan posting Afdlin dalam IGnya.


Sebelum ini dua artis tempatan turut kehilangan orang tersayang. 

Penyanyi dan pelakon Ezad Lazim atau Ezad Exists (Mohd Rohaizad Mohamad Lazim) kehilangan ibunya, Rosadah Jahaya, 69,  yang meninggal dunia pada pagi Jumaat 7 Ogos 2020 di Alor Star, Kedah.

Ezad Lazim dan Allahyarham ibunya, Rosadah Jahaya.



Sementara itu pelakon berasal dari  Tashkent, Uzbekistan, Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, lebih dikenali sebagai Daler Yusuf kehilangan neneknya Muhammadiyeva Shodi, 76. Neneknya meninggal di sebuah hospital di Uzbekistan akibat wabak Covid-19, Jumaat 7 Ogos 2020. - KitaReporters

0
0
1
0
0
You will be interested