Insan & Komuniti 04 Apr, 2021

Berita terkini| Bersauh tanpa kebenaran! APMM Johor tahan kapal dagang! Operasi Jangkar Haram

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Kapal dagang yang ditahan APMM atas kesalahan bersauh tanpa kebenaran.  Kredit foto: Ihsan APMM.


Sebuah kapal dagang yang bersauh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Penawar, Kota Tinggi, Johor ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Johor, kira-kira jam 2.45 petang Sabtu, 3 April 2021 dalam Op Jangkar Haram.

Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kapal tersebut dikesan berlabuh pada kedudukan 12.6 batu nautika di sebelah timur Tanjung Penawar.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal tangki  yang berdaftar di Torre Del Greco, Itali ini melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana berlabuh tanpa pemakluman atau kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Laut.

“Tangkapan ini merupakan kes ke-19 sejak Op Jangkar Haram mula dilaksanakan 24 Mac 2021 lalu. Manakala, jumlah keseluruhan penahanan kapal sepanjang tahun ini, sehingga kini sebanyak 37 buah kapal,” katanya dalam satu kenyataan media pada 4 April 2021.

Tambahnya lagi, sebarang jenayah atau kecemasan berlaku di perairan Johor boleh segera hubungi talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Johor(07-2199404) atau talian kecemasan MERS 999 bagi membolehkan tindakan segera dapat diambil APMM. -KitaReporters 

0
0
1
0
0
You will be interested