Insan & Komuniti 10 Nov, 2020

Terima kasih! Che Abd Halim dapat beli kerusi roda elektrik!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SUATU ketika dahulu, seorang orang kurang upaya (OKU) sering terbayang pada ruang matanya andai kata dia dapat memiliki sebuah kerusi roda elektrik yang akan dapat memudahkan lagi pergerakannya ke sana dan ke mari. Alhamdulillah apa yang diimpi dan diharapkan telah tercapai atas sokongan ramai pihak. : KitaReporters


 

CHE Abd Halim Mamat bersama isterinya, Shafinas Hasanuddin masing-masing berada di atas kerusi roda di rumah mereka di Kampung Buluh Hilir, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu pada 10 November 2020.


Kisah mengenai Che Abd Halim Mohamad:

Tolong kami! Bantu Che Abdul Rahim beli kerusi roda elektrik


Memandangkan usianya semakin hari semakin meningkat apatah lagi tubuh badannya kurang berupaya kerana menghidapi penyakit saraf tulang belakang, sememangnya sebuah kerusi roda elektrik amat diperlukan bagi membantu pergerakan berbanding kerusi roda manual yang digunakannya sekarang. 

Kini angan-angan serta impian, Che Abd Halim Mamat, 42, yang berada di Kampung Buluh Hilir, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu telah pun menjadi kenyataan apabila orang ramai menyumbang wang untuk membeli kerusi roda elektrik yang berharga RM3,700 sebuah pada semalam Isnin, 9 November 2020. 


KERUSI roda elektrik yang baru dibeli oleh Che Abdul Halim pada Isnin, 9 November 2020 hasil sumbangan orang ramai dan kawan-kawannya.


``Teima kasih penyumbang, terima kasih kawan-kawan yang membantu saya dan terima kasih juga kepada KitaRepoters yang melaporkan cerita saya. 

``Semuga jasa baik serta budi mereka yang menolong saya hanya Allah sahaja yang akan membalasnya,’’ katanya dengan wajah yang gembira dan terharu ketika ditemui di kediamannya di Kampung Buluh Hilir, Bandar Permaisuri pada hari ini, Selasa, 10 November 2020. 



KERATAN berita KitaReporters pada 20 September 2020 lalu


Beliau terharu terhadap sokongan orang ramai yang menghulrkan wang menerusi  akaun banknya sehingga terkumpul sejumlah RM2,150 selepas cerita kisah hidupnya  didedahkan, manakala sumbangan daripada rakan-rakan sekolahnya sebanyak RM2,100 dan kerusi itu dibeli semalam, Isnin 9 November 2020.

Wang RM2,150 diperolehi  sejak sebulan lalu dan ia disimpan di dalam akaunnya kerana untuk membeli kerusi berkenaan dengan harga RM3,700 tidak mencukupi lagi dan akhirnya ramai kawan persekolahannya turut bersimpati serta bermuafakat untuk memberi sumbangan kepada Che Abd Halim. 

Sebelum itu,  pada 20 September 2020 lalu, KitaReporters melaporkan Che Abd Halim berhasrat untuk membeli sebuah kerusi roda elektrik bagi mengantikan kerusi roda biasa yang digunakannya ketika itu dia terpaksa mengunakan tenaganya sendiri  setiap kali pergerakannya. 


CHE Abd Halim keluar dari rumahnya menaiki kerusi roda elektrik untuk pergi membeli barang-barang keperluan di Bandar Permaisuri, Setiu.


Namun apa kan daya beliau tidak mampu memilikinya kerana dia tidak mempunyai apa-apa pekerjaan lain melainkan mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Setiu sebanyak RM400 sebulan lalu mengharapkan belas kasihan daripada orang ramai supaya impiannya itu terlaksana. 

Che Abd Halim berkata walaupun sebelum itu dia sentiasa mengunakan kerusi roda manual yang disumbangkan oleh JKM itu termasuk ke Hospital Daerah Setiu atau apabila pergi ke Bandar Permaisuri yang terletak tidak jauh dari rumahnya untuk membeli barang-barang keperluannya atau urusan lain. 

Tetapi katanya, pergerakan kerusi roda seperti itu memerlukan tenaganya untuk mengerakkan tayar bagi membolehkan dia bergerak ke sana ke mari dan adakalanya dia terpaksa mengunakan tenaga yang kuat di kawasan ataupun jalan yang tinggi. 

Menurut beliau, kadang-kala dia terpaksa minta pertolongan orang lain untuk menolak kerusi roda manualnya setelah menghadapi masalah pergerakan semasa berada di bandar itu.


 

CHE Abdul Halim dengan kerusi roda elektrik sedang menaiki rumahnya di Kampung Buluh Hilir, Bandar Permaisuri, Setiu 


``Hari ini, saya amat bersyukur pada Tuhan dan alhamdulillah kerana segala masalah saya yang dilalui selama lebih 22 tahun yang lalu bersama kerusi roda biasa telah dapat diatasi serta meringankan beban kehidupan saya. 

``Ini kerana dengan kerusi roda elektrik  ini saya hanya perlu memetik siusnya yang terletak di sebelah kanan kerusi untuk bergerak.’’ ujarnya yang mempunyai seorang isteri juga OKU, Shafinas Hasanuddin, 42, dan mereka berkahwin pada 2018. 

Che Abd Halim yang merupakan anak sulung daripada sembilan adik beradik  menghidapi penyakit saraf tulang belakang selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Besut, Terengganu pada 1997 lalu. - KitaReporters

1
1
1
0
0
You will be interested