Insan & Komuniti 20 Sep, 2020

Tolong kami! Bantu Che Abd Rahim beli kerusi roda elektrik

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

ORANG Kurang Upaya (OKU), Che Abd Halim Mamat, 42, yang tinggal di Kampung Buluh Hilir, di Setiu, Terengganu, yang hidupnya bergantung kepada kerusi roda selama lebih 22 tahun lalu kini merayu serta meminta belas kasihan daripada orang ramai agar dapat membantu dirinya mendapatkan sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan pergerakan untuk menjalankan urusan hariannya. : KitaReporters

Che Abdul Halim Mamat bersama isterinya, Shafinas Hasanuddin masing-masing OKU menggunakan kerusi roda di rumahnya di Kampung Buluh Hilir, Setiu, Terengganu.


Lagi cerita-cerita berkaitan OKU:

https://kitareporters.com/search?search=OKU


Che Abdul Halim, yang mempunyai seorang isteri yang juga seorang OKU, buat masa ini, bergerak ke sana sini termasuk di rumahnya dengan menggunakan sebuah kerusi roda manual yang disumbang oleh Hospital Daerah Setiu kira-kira dua tahun lalu. 

Sebelum itu,  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Setiu telah memberi sumbangan kerusi roda yang sama sebanyak lima buah sepanjang tempoh dia hidup menderita serta tidak mampu bergerak seperti orang lain akibat menghidapi penyakit saraf tulang belakang selepas terbabit satu kemalangan jalan raya pada 1997. 

Che Abd Halim ketika ditemui memberitahu beliau memerlukan kerusi roda elektrik yang dianggarkan berharga RM3,500 sebuah bagi memudahkan pergerakannya serta melakukan urasan  lain sekitar kawasan berdekatan dengan kediamannya. 

Menurutnya, buat masa ini pihak kerajaan tiada menyediakan peruntukan bantuan kerusi roda elektrik kecuali kerusi roda biasa (manual) menyebabkan beliau mengharap simpati dari orang ramai. 

Beliau berkata, kerusi roda menual yang digunakan sekarang memerlukan tenaga untuk mengerakkan roda di kerusi itu setiap kali pergerakannya sama ada di rumahnya atau di luar kediamannya. 

Che Abd Halim Mamat terpaksa juga menggunakan kerusi roda manualnya ketika berada diluar halamam rumahnya di Kampung Buluh Hilir, Setiu, Terengganu.



``Dalam umur saya  semakin meningkat ini selain tubuh badan saya kurang sihat saya tidak mampu lagi untuk bergerak dengan menggunakan kerusi roda biasa dan adakalanya saya terpaksa meminta pertolongan orang lain untuk menolak kerusi rodanya semasa saya keluar rumah untuk membeli barang-barang keperluan. 

``Sekiranya saya ada kerusi roda elektrik saya tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih, tangan saya tidak payah mengayuh roda lagi dan saya tidak perlu meminta pertolongan orang lain lagi untuk menolak kerusi roda semasa saya di luar kawasan rumah,’’ katanya yang  mendapat bantuan sebanyak RM400 sebulan dari JKM Setiu. 

Che Abd Halim yang merupakan anak sulung daripada sembilan adik beradik turut menjalankan perniagaan secara kecilan di rumahnya sebagai pendapatan sampingan dengan menjual makanan ringan seperti gula-gula memperolehi jualan hanya sekitar RM10 sehari. 

Manakala isterinya, Shafinas Hasanuddin, 42, yang berasal dari Melaka Tengah juga seorang OKU yang hidupnya turut bergantung pergerakan dengan menggunakan sebuah kerusi roda kerana menghidapi penyakit saraf sejak 2017 dan mereka berkahwin pada 2018.

Perkahwinan itu bermula melalui perkenalan mereka menerusi halaman Facebook selama hampir setahun sebelum kedua-dua pasangan OKU itu mendirikan rumah tangga secara sah.

``Saya amat bersyukur kepada Allah dengan mempertemukan saya dengan isteri saya seperti saya juga pendek kata susah senang dapat hidup bersama dalam keadaan kurang sempurna kerana kami masing-masing memahami hati antara satu sama lain,'' ujarnya.

Mereka yang bersimpati dengan nasib pasangan suami isteri OKU yang malang itu bolehlah menghubungi Che Abd Halim Mamat (019-7892612) dan menghulurkan sumbangan terus ke akaun akaun CIMB – 7049958889. - KitaReporters
4
0
1
0
1
You will be interested