Insan & Komuniti 07 Sep, 2020

Cinta abadi! Cinta Zulkifli-Normala hingga ke hujung hayat!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
BERMULA sebagai penari di Kompleks Budaya Negara (KBN) pada 1970, Dato’ Zulkifli Zain diterima sebagai antara pelakon awal Studio Merdeka Productions (SMP). Hulu Klang era warna. Dan 50 tahun kemudian pada malam Sabtu, 5 September 2020 lalu, dunia seni tanah air kehilangan seniman yang disifatkan oleh ramai sebagai seorang pelakon berwatak dan berbakat besar. : KitaReporters

Hanya kematian memisahkan kerukunan rumah tangga Zulkifli Zain dan Normala Omar (kiri) selama hampir 45 tahun.


Cerita awal :  CINTA ZUL-NORMALA: KETIKA SIHAT, KETIKA SAKIT!!


Filem ‘Jiwa Remaja’ berdasarkan cerita dari Hong Kong, arahan Dato’ Jamil Sulong adalah penampilan pertamanya. Dia berpasangan dengan Hail Amir sebagai remaja yang menjalani hidup bermasalah. Turut berlakon ialah Uji Rashid. Kesemuanya pernah bekerja bersamanya  ketika di KBN.

Zulkifli dan Hail Amir sebagai hero bersama filem 'Jiwa Remaja' awal 1975


Setahun kemudian Zulkifli yang berasal dari Alor Setar, Kedah berlakon dalam sebuah lagi filem keluaran MSP iaitu ‘Sayang Anakku Sayang’.

Selepas itu Zukifli kemudian bercinta dengan Normala Omar yang juga merupakan pelakon dan seorang penyanyi dan berkahwin pada 24 Mac 1976. Ketika itu masing-masing sedang mencipta nama  dan ramai yang menjangka perkahwinan mereka tidak akan kekal nama. Namun kedua-duanya tetap yakin percintaan abadi mereka akan bertahan hingga ke akhir hayat.

Justeru, kedua-duanya sering berlakon bersama selepas berkahwin dan dapat mengetepikan gosip panas membabitkan mereka berdua.

Gambar perkahwinan Zulkifli dan Normala pada 24 Mac 1976. - Kredit foto: Facebook


Zulkifli selepas berkahwin turut membintangi beberapa filem besar seperti ‘Tiada Esok Bagimu’ arahan Jins Shamsuddin dan ‘Sesejuk Air Mata Ibu’ arahan A Rahim. Dia turut memberi lakonan mantap bagi filem ‘Potret Maria’ dan ‘Matinya Seorang Patriot’ arahan Rahim Razali.

Sejak tahun 1975 hingga tahun 2013 melalui filem ‘Pecah’, Zulkifli berlakon dalam 18 buah filem.

Bubur lambuk Bentayan dirindui peminat. - Kredit foto; IG norzizizulkifli 


Sebagai jiwa seniman, Zulkifli hanya menerima tawaran berlakon jika benar-benar dapat menjiwainya walaupun hanya diberi peranan kecil. Selain drama, Zulkifli turut berlakon dalam drama TV.

Antara drama lakonannya yang masih ditonton di kaca TV ialah melalui drama bersiri ‘Mukhlis’ di RTM1 yang kini diulang siar. Drama itu kali pertama ditayangkan tiga tahun lalu ketika Zulkifli masih sihat.

Dahulu Zulkifli akan berjualan bubuk lambuk Bentayan ketika bulan Ramadan. Bubur lambuk itu diberi nama Bentayan sempena namanya Bentayan dalam drama bersiri ‘Tragedi Sri Mersing’ pada tahun 1985. Jualannya dihenti sejak dua tahun lalu apabila dia mula kurang sihat. Bubur lambuk Bentayan diminati ramai kerana mempunyai cita rasa tersendiri.


Selain ketokohannya dalam bidang lakonan, Zulkifli bersama Normala menjadi  sumber masyarakat terutama golongan seni sebagai pasangan ideal yang mampu bertahan lebih 44 tahun sebagai suami isteri dan dikurnia lima cahaya mata tanpa gosip liar. Ketika sihat pasangan suami isteri ini sering dilihat bersama termasuk dalam menghadiri majlis tertentu.

Keeratan hubungan mereka turut diperlihatkan ketika kedua-duanya jatuh sakit.  

Awal tahun lalu ketika Zulkifli mula jatuh sakit, Normala sentiasa di sisinya dan beberapa bulan kemudian, tepatnya beberapa hari sebelum Ramadan tahun lalu, Normala cedera urat di kaki hingga menyebab dia terpaksa memakai kerusi roda.

Ketika kedua-duanya sakit dan berkerusi roda, anak-anak bergilir menjaga mereka bagi memperlihatkan keharmonian keluarga yang diketuai anak tertua, Dr Norzizi walaupun masing-masing sudah berkeluarga.


Gambar keluarga bahagia, ayah,ibu, sebahagian anak-anak dan cucu-cucu. Kredit foto:IG Norzizizulkifli


Kini memang benar hanya kematian yang dapat memisahkan mereka apabila Zulkifli pergi dahulu pada Sabtu, 5 September 2020 lalu dan disemadi pada Ahad, 6 September 2020. 
Innalillahi wainna ilaihirojiun dan Al-Fatihah!! - KitaReporters

1
0
1
0
0
You will be interested