Insan & Komuniti 25 Jun, 2021

Berita palsu! Dituduh tipu lahirkan 10 bayi kembar! Wanita ditahan di wad psikiatri bagi rawatan

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Gambar Gosiame Thamara Sithole ketika mendakwa sedang mengandungkan bayi kembar lapan dan kemudiannya mendakwa melahirkan bayi kembar 10 pula. - Kredit foto:  Africa.news.ag


SELEPAS beberapa minggu menjadi tanda tanya, kisah seorang wanita Afrika Selatan, Gosiame Sithole yang didakwa melahirkan 10 bayi kembar pada awal bulan Jun 2021 ini disahkan sebagai tidak benar dan satu penipuan.

Pihak berkuasa Gauteng dalam satu kenyataan mengesahkan tidak menemui sebarang rekod yang dapat mengesahkan kelahiran decuplet atau kembar sepuluh di mana-mana hospital swasta dan awam.

Wanita berusia 37 tahun itu didakwa ‘memalsukan’ kelahiran tersebut dan kini dimasukkan ke hospital untuk rawatan psikiatri.


Lagi cerita-cerita berkaitan anak kembar


Laporan KitaReporters: Disangka kembar lapan! Rupanya wanita lahirkan 10 bayi kembar! Tapi belum ada pengesahan rasmi


Polis dilaporkan menahan Gosiame Thamara Sithole, 37, di rumah saudaranya yang terletak berdekatan Johannesburg, Afrika Selatan pada awal Rabu 23 Jun 2021 lalu.

Sithole dipercayai telah dibawa ke Chloorkop selepas pasangannya, Teboho Tsotetsi membuat laporan polis tentang kehilangannya, menurut laporan yang dari dipetik news.com.au.

Teman lelaki Sithole, Tsotetsi telah beberapa kali cuba untuk melawat kekasihnya itu namun tidak dimaklumkan tentang keadaan dan lokasi kesemua 10 bayi yang didakwa dilahirkan oleh Sithole.


Gosiame Thamara Sithole bersama teman lelakinya, Teboho Tsotetsi didakwanya bapa kepada bayi kembar 10 tersebut. - Kredit foto:  Indenpent.co.uk


Sithole dan pasangannya,Tsotetsi dikatakan berselisih pendapat selepas pasangannya itu melaporkan Sithole hilang dan meminta masyarakat untuk menghentikan memberi sumbangan, manakala Sithole pula menuduh Tsotetsi ingin mendapatkan keuntungan daripada bayi-bayi tersebut.

Sithole yang mengemparkan dunia kerana mendakwa berjaya melahirkan 10 bayi kembar melalui pembedahan Ceasarean di sebuah hospital di Pretoria pada 7 Jun 2021 lalu, namun ramai yang mula tertanya-tanya tentang kesahihan berita berkenaan berikutan tiada gambarnya bersama ‘anak-anaknya’.

Jabatan Kesihatan Nasional Afrika Selatan dipetik berkata, siasatan mendapati 10 bayi berkenaan tidak pernah wujud.

Sebaliknya, portal tempatan, bagaimanapun mengesahkan kelahiran 10 bayi kembar itu dan berita berkenaannya terpaksa disorok akibat dakwaan kelalaian perubatan.


Laporan berita menegai Gosiame Thamara Sithole yang disiarkan oleh News.com.au. - Kredit foto:  Astro awani.


Polis bagaimanapun memberitahu Sithole yang pernah diletakkan di bawah penjagaan Jabatan Pembangunan Sosial Gauteng  tidak mempunyai rekod jenayah pernah mendakwa saudara pasangannya memungut derma daripada masyarakat selepas dia ‘melahirkan’ 10 bayi kembarnya.

Sementara itu, peguam Sithole, Rofiloe Mokoena mendakwa anak guamnya kini berada dalam tahanan secara paksa dan tidak dibenarkan menerima pelawat, sehubungan itu, akan membuat rayuan mahkamah untuk membebaskannya.

“Dia menolak untuk dibawa ke hospital bagi menjalani penilaian psikiatri kerana merasakan dirinya waras.

“Namun begitu dia kini berasa dalam tahanan hospital dan tidak dibenarkan nmenerima pelawat,” katanya kepada laman berita tempatan Independent Online (IOL.). - KitaReporters


Sithole didakwa memalsukan kelahiran bayi kembar 10 yang disahkan tidak berlaku oleh pihak berkuasa gauteng.

Kredit foto  :  Africa,news.ag

2
0
1
2
0
You will be interested