Insan & Komuniti 22 Jun, 2021

Berita Terkini| Gadis berusia 13 tahun lahirkan bayi! Dipercayai dirogol 3 kali sepupu sendiri!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

 Gambar hiasan...  Ibu mangsa tidak menyangka anak gadisnya berusia 13 tahun melahirkan bayi


SEORANG gadis berusia 13 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah rumah di Kota Belud, Sabah pada  20 Jun 2021.

Kejadian itu hanya disedari ibu gadis berkenaan kira-kira jam 3 pagi setelah tersedar daripada tidur dan mendapati anaknya sedang membersihkan seorang bayi.

Meski pun terkejut dan tidak menyangka anaknya itu bersalin, wanita tersebut segera membawa gadis dan bayi itu ke Hospital Kota Belud bagi mendapatkan pemeriksaan serta rawatan sepatutnya.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dirogol seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

“Gadis berkenaan dipercayai telah dirogol sepupunya sendiri sebanyak tiga kali sejak Ogos 2020," kata Sahimi.

Remaja lelaki tersebut kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kota Marudu sehari selepas mangsa melahirkan bayi untuk siasatan lanjut.

“Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. 

"Setakat ini, kes disiasar mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya yang dipetik laporan Sinar Harian pada 22 Jun 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

7
3
21
3
7
You will be interested