Insan & Komuniti 23 May, 2021

Berita Terkini| Separuh lengan kiri terputus! Terjerut tali mesin tarik bot! Tak dapat disambung

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Mangsa dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu


SEORANG pembantu tukang rumah putus separuh lengan kirinya setelah lengan itu terjerut tali mesin penarik bot dalam kejadian kira-kira 10 pagi, 22 Mei 2021, di Kampung Kuala Abang, Dungun.

Sewaktu kejadian, mangsa, Muhammad Idris Kasim, 27, sedang membantu nelayan yang baru pulang dari laut menarik bot gentian kaca naik ke darat di Pengkalan Muda Misai di kampung berkenaan.

Menurut abang mangsa, Mohd. Rezuan Kasim, 32, adiknya sering ke pangkalan berkenaan untuk membantu para nelayan menarik bot apabila tidak bekerja atau mempunyai kelapangan waktu.

“Melihat tali mesin penarik bot bergulung adik cuba betulkan, malangnya tiba-tiba tangan adik pula terjerut pada tali tersebut. Ketika itu mesin bergerak hingga menyebabkan tangannya terputus.

“Kejadian hanya disedari nelayan berhampiran selepas adik menjerit meminta tolong matikan enjin mesin berkenaan. Adik dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

“Doktor sahkan tangannya tidak dapat disambung. Kami sekeluarga termasuk ibu yang sakit saraf terkejut pada mulanya, tapi reda dengan ujian Allah,” katanya dipetik oleh Utusan Malaysia 23 Mei 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
3
0
0
You will be interested