Insan & Komuniti 25 Mar, 2021

Video| Dulu guruku kini isteriku! Dulu pelajarku kini suamiku! Dulu ditemukan kini dijodohkan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SETIAP yang bergelar manusia pasti menginginkan jodoh terbaik dalam kehidupan yang boleh menemani sehingga hujung usia. Namun jodoh adalah rahsia Allah bahkan jodoh itu boleh bertaut dengan cara yang tidak disangka-sangka seperti pengalaman seorang wanita yang berkahwin anak muridnya sendiri.

Kisah berkenaan dikongsikan oleh @izzaerma Ibrahim menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Video| Janji nak lamar! Dulu anak murid, kini jadi suaminya



Wanita yang kini berusia 36 tahun itu tidak menyangka anak muridnya ketika bertugas sebagai guru ganti di sebuah sekolah di Bayan Lepas, Pulau Pinang itu kini menjadi ketua keluarganya.

Katanya walaupun tidak pernah mengajar suaminya, Mohammad Ammar Mohammad Izham yang berusia 25 tahun itu, namun pernah beberapa kali menjadi guru ganti ke kelas tersebut  yang ketika itu berada di tingkatan tiga.





Kongsi Izza lagi pertemuan semula yang boleh membibitkan cinta bermula selepas dia dihubungi bekas muridnya kira-kira dua tahun lalu.

Ketika itu hubungan kami sekadar untuk urusan pekerjaan kerana pernah ditawar menjadi model bagi acara permotoran yang dikendalikan oleh suaminya.

Malah dengan nada berterus terang Izza menjelaskan ketika pertemuan pada tahun 2019, Ammar masih memanggil dirinya cikgu.

Namun siapa sangka hubungan itu semakin rapat dan berterusan sehingga ke jinjang pelamin pada Disember tahun 2020 lalu.

Walaupun perbezaan umur yang ketara kira-kira 11 tahun namun hubungan mereka berjalan seperti biasa.



Malah dengan nada seloroh wanita itu menyifatkan suaminya, itu kelihatan lebih berusia daripada walaupun beza usianya sangat banyak.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan kisah unik pasangan berkenaan dan menyifatkan pertemuaan itu sudah ditentukan sejak azali lagi. Malah ada yang memuji pasangan itu dan tidak menyangka isterinya lebih berusia kerana kelihatan sebaya dan secocok.

Umur itu sekadar angka, jangan risau! inilah dinamakan jodoh yang pernah mengenal usia.

Semoga pasangan Izza dan Ammar sentiasa bahagia dan cekal melayari bahtera rumah tangga. - KitaReporters


14
3
1
2
0
You will be interested