Insan & Komuniti 24 Dec, 2020

Video| Janji nak lamar! Dulu anak murid, kini jadi suaminya

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

APABILA usia sudah mendekati 30-an, ia dianggap suasana meresahkan bagi sebahagian wanita apabila tiada lelaki yang ingin mendekati dan melamar. Sedangkan dia begitu mengharapkan menjalani kehidupan sebagai wanita yang ingin hidup berkahwin dan mempunyai keluarga. Itu yang dirasai Muhrianti, 29, dari Kalimantan Timur, Indonesia. : KitaReporters 


Perkahwinan antara guru dan bekas anak murid tular dalam media sosial dan media di Indonesia.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan guru:

https://kitareporters.com/search?search=guru-guru


Wanita berusia 29 itu seorang guru Bahasa Inggeris yang merasakan dirinya sudah menjadi anak dara tua dan bakal tidak bernikah kerana masih belum ada lelaki yang melamarnya.

Ini kerana bagi masyarakat setempat usia lewat sebegitu sudah dianggap anak dara tua. 

Namun setelah pasrah dengan keadaan itu tiba-tiba ada lelaki yang melamarkannya.


Abdul Kodir melamar Muhrianti setelah mendapat pekerjaan dan direstui keluarga.




Cuma lamaran yang datang itu adalah lelaki yang 10 tahun lebih muda daripadanya. Lebih mengejutkan ialah lelaki bernama Abdul Kodir itu adalah bekas pelajar yang pernah diajarnya ketika di Tingkatan 3.

Muhrianti dan Abdul Kodir sering bersama dalam aktiviti luar di mana dia menjadi guru pengawas. Ketika itu hubungan mereka agak rapat tetapi hanya sebagai guru dan anak muridnya.

Namun Abdul Kodir pernah dalam satu kegiatan luar pernah menyatakan akan melamarnya setelah tamat persekolahan dan bekerja.

Muhrianti ketika itu menganggap kata-kata itu hanya gurauan kerana jarak usia yang jauh iaitu 10 tahun, walaupun dalam hatinya tertarik dengan peribadi anak muridnya itu. 

Setelah beberapa tahun berpisah, kenyataan Abdul Kodir menjadi kenyataan.

Muhrianti terus menerima bekas anak muridnya yang 10 tahun lebih muda daripadanya. Kisah bahagia itu dimuat naik oleh Muhrianti dalam akaun TikTok @yanti.fla pada Ahad, 20 Disember 2020.


Muhrianti dan Abdul Kodir memperlihatkan kad nikah mereka.

Menurut laporan Tribunenews pada Selasa, 22 Disember 2020, Muhrianti dan Abdul Kodir telah berkahwin  pada 10 Jun 2020. 

Muhrianti turut mempunyai saluran YouTube Miss Yanti yang banyak memberi pembelajaran pengunaan Bahasa Inggeris.

Perkahwinan antara guru dan anak murid yang direstui keluarga ini tular dalam laman sosial di Indonesia.

Kini Muhrianti dan Abdul Qodir menjadi pasangan bahagia dan tidak menghiraukan pandangan negatif pihak-pihak lain. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested