Insan & Komuniti 04 May, 2021

Berita Terkini| Cincin tersekat pada jari! Bomba bantu tanggalkan! Operasi ambil masa 40 minit

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Cincin yang tersekat pada jari mangsa berjaya ditanggalkan oleh pihak bomba. - Kredit foto: JPBM Pulau Pinang


SEORANG lelaki berusia 28 tahun dibantu oleh anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi menanggalkan sebentuk cincin tersekat pada jari manis tangan kanan dalam kejadian di Klinik Kesihatan Teluk Bahang, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 3 Mei 2021.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut jam 11.21 malam dan bergegas ke lokasi.

“Operasi membantu mangsa melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Bahang diketuai Komander Operasi, A Thanabalan.

"Sewaktu sampai di lokasi, didapati sebentuk cincin tersekat pada jari manis tangan kanan seorang lelaki dan gagal ditanggalkan. Pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi memotong cincin tersebut.

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 40 minit bagi menanggalkan cincin tersebut dan operasi ditamatkan jam 11.57 malam,” katanya. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


 

0
1
1
0
0
You will be interested