Insan & Komuniti 06 Mar, 2021

Biadab! Ini bukan caranya! Pelajar lempar buku ke sungai! Tayang isyarat lucah terhadap guru!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


PELBAGAI cara dilakukan untuk meraikan keseronokan dan keterujaan hati, buatlah apa sahaja asalkan tidak menyusahkan orang lain dan menjatuhkan maruah diri sendiri. Tapi sayangnya ramai remaja hari ini tidak berfikir dahulu sebelum bertindak akhirnya memalukan diri sendiri.

Terbaharu tular seorang pelajar lelaki yang masih lengkap memakai uniform sekolah bertindak melemparkan buku ke dalam sebatang sungai.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pelajar:

https://kitareporters.com/search?search=pelajar


Video| 6 pelajar Jelebu harumkan Malaysia! Dijemput ke final dunia F1 in Schools 2021 di London

VIDEO jelas menunjukkan tindakan berani pelajar yang masih beruniform sekolah melemparkan buku ke dalam sungai yang menjadi tular. - Kredit foto: Facebook Wan Mahussin Wan Zain.


Tindakan ‘tidak cerdik’ itu tular selepas perkongsianseorang pengguna Faceboook, Wan Mahussin Wan Zain yang memuat naik video berdurasi 12 saat itu secara jelas seorang pelajar lelaki secara bangga melemparkan buku miliknya ke dalam sungai sebagai tanda ‘meraikan’ kebebasan selepas selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Alahai dik…banyak lagi cara nak tunjuk diri awak bebas!

Mungkin baginya itu adalah penamat kepada sebuah peperiksaan.


PERMULAAN ke arah sebuah kehidupan yang menentukan di mana hala tuju seorang pelajar selepas tamat SPM nanti. - Kredit foto" ideaterkini.com


Video tersebut dirakam dan dimuat naik dalam aplikasi TikTok sebelum tersebar dalam laman sosial lain seperti Facebook dan Twitter.

Mungkin si pelaku merasa bangga apabila perlakuan itu ditonton dan menjadi viral.

Namun jelas tindak biadab itu sebenarnya memalukan diri sendiri serta keluarga di samping membuktikan siapa dirinya sendiri.

Baginya, SPM adalah penamat untuk belajar, tapi mungkin si pelaku itu lupa, ini hanyalah permulaan kepada sebuah kehidupan.


TIADA lagi rasa hormat dan takut kepada guru yang memberikan ilmu kepadanya. - Kredit foto: Ohmedia.my


Apa nak jadi! Adakah ini pelapis yang akan mentadbir negara kita pada masa depan.

Kejadian tidak beretika itu bukanlah kali pertama sebaliknya sebelum ini tular seorang calon SPM menengking dan menunjukkan isyarat lucah ke arah pengawas peperiksaan kerana tidak membenarkan dirinya keluar dewan peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan.

Kemudian timbul pula isu pelajar menconteng perkataan biadab pada uniform sekolah mereka dengan isyarat lucah yang ditujukan kepada cikgunya sendiri.

Aduhai anak-anak muda! Mana keperibadianmu?


Tahukah kalian guru itu pengganti ibu bapa apabila berada  di sekolah dan doanya sangat dimakbulkan Tuhan tapi bagaimana kesudahan jika itu yang kalian lakukan? 

Di mana keberkatan itu datang jika ini semua sikap kurang ajar yang ditunjukkan. 

Perkongsian berkenaan disaksikan lebih 1,000 pengguna Facebook yang masing-masing mengecam tindakan pelajar yang disifatkan biadab dan tidak menghormati guru mereka.

Pada masa yang sama, kejadian seumpama itu menjadi peringatan kepada ibu bapa di luar sana dalam mendidik anak mereka dalam menghormati orang lain terutama insan mulia bergelar cikgu.

Benarlah, pepatah Melayu mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya! - KitaReporters

0
0
3
2
4
You will be interested