Insan & Komuniti 25 May, 2021

Berita Terkini| Bantuan khas RM1,000 untuk 213 mangsa LRT bertembung! Operasi LRT seperti biasa

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar tular insiden pertembungan dua tren LRT dan bantuan kewangan akan disalurkan kepada mangsa terlibat.


SERAMAI 213 mangsa yang terlibat dalam insiden pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada 24 Mei akan terima bantuan khas sebanyak RM1,000 seorang.

Menurut laporan Sinar Harian, 25 Mei 2021, perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

"Bantuan kewangan RM1,000 akan diberikan kepada 213 mangsa yang terlibat. Beberapa bantuan lain juga akan disalurkan kepada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan serius.

"Pihak kami juga memberi jaminan akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) perkhidmatan LRT," katanya.

Sementara itu, menurut satu kenyataan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pada 25 Mei 2021, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya masih beroperasi seperti biasa menggunakan satu landasan (single track) bermula jam 6 pagi.

"Bagaimanapun, penumpang dijangka perlu menunggu lebih lama sedikit daripada biasa dengan kekerapan tren setiap 10 minit pada waktu puncak," katanya.

Dalam kejadian pada jam 8.45 malam, 24 Mei 2021 itu, seramai 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah setelah dua tren LRT laluan Kelana Jaya bertembung.

Kejadian yang berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru itu melibatkan satu tren yang membawa penumpang serta sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested