Kisah Insan 26 Apr, 2021

Berita Terkini| 2 pemancing maut dipanah petir! Mangsa berteduh di bawah pokok di kolam ikan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan… Kedua-dua pemancing di panah petir ketika berteduh di bawah pokok tepi kolam. - Kredit foto: myfishingroad.blogspot.com 


DUA lelaki yang juga pemancing maut dipanah petir ketika berada di Kolam Ikan Empang Kampung Cempaka, Lanchang, Temerloh dalam kejadian kira-kira 3.30 petang, pada 25 April 2021.

Mangsa, Muhammad Farhan Zainal Abidin, 20, dari Kampung Rantau Panjang dan Muhamad Fitri Fahmy Hashim, 27, sebelum itu berteduh di bawah pokok terletak di tepi kolam ketika hujan lebat yang disusuli petir.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan (KK) Lanchang, kira-kira jam 4 petang.

“Kedua-dua mangsa tiba di kolam memancing berkenaan sekitar jam 12.30 tengah hari bersama tiga lagi rakan mereka berusia 22 hingga 47 tahun. Ketika memancing, cuaca hujan dan mangsa dikatakan berteduh di bawah pokok.

“Seorang rakan mereka  balik ke rumah mengambil telefon yang tertinggal, manakala dua lagi rakan ambil joran untuk pulang sebelum melihat kedua-dua mangsa rebah dan dipercayai pengsan.

“Mangsa terus dibawa ke KK Lanchang oleh rakan-rakannya namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik berkenaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk tujuan bedah siasat,” katanya dipetik oleh Sinar Harian, 26 April 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Terima kasih adik! Pilih jaga emak ayah! Sebab kau, abang berjaya! Pengakuan Hafiz Mahamad!

Kerana adiknya, Hafiz Mahamad capai kejayaan dan beliau tidak akan pernah lupa perkara itu. Katanya, kejayaan beliau hari ini adalah inspirasi daripada adiknya

Gara-gara tak dibayar gaji! Pekerja berang rempuh kereta kesayangan majikannya! Ferrari GT4Lusso!

Kerena enggan bayar gaji pekerjanya yang juga pemandu trak kontena, pemandu berkenaan bertindak meletakkan lori kontenanya di atas kereta kesayangan majikannya
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 1 day ago

Video| Apa cerita? JDT panggil pulang Syafiq Ahmad dari KDA FC! Secara mengejut! Cetus spekulasi!

Syafiq Ahmad yang bermain bersama KDA FC sebagai pemain pinjaman dipanggil pulang secara mengejut ke pasukan asalnya, JDT sekali gus cetus pelbagai spekulasi
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 2 days ago

Video| Mak guru pemulihan! Tak dapat hadiah! Anak sebak lihat ibu bawa makanan lebihan Hari Guru!

Seorang anak kongsi kisah ibunya, seorang guru pendidikan khas di sebuah sekolah. Kesian lihat emaknya tak terima apa-apa hadiah sempena Hari Guru pada 16 Mei
Nur Syamila Kamarul Arefin in Kisah Insan 3 days ago

Video| Johanna Mazibuko bakal catat rekod wanita tertua di dunia! Kena tunggu pengesahan Guinness!

Nkukuthane Johanna Mazibuko dari Jourbertin, Afrika Selatan bakal dinobatkan wanita tertua di dunia yang masih hidup jika diiktiraf oleh Guinness World Records
Mohamed Sa'ari in Kisah Insan 5 days ago