Insan & Komuniti 20 Apr, 2021

Berita Terkini| Video tular: Lelaki maut dipijak gajah! Kejadian di Thailand bukan di Mersing!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki mati dipijak dan kejadian bukannya di Mersing, Johor sebagaimana rakaman dalam video tular tersebut.


JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menafikan video berdurasi 2 minit 27 saat yang memaparkan seorang lelaki mati dipijak gajah berlaku di Felda Tenggaroh, Mersing, Johor.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, kejadian sebenar berlaku di luar negara pada 15 April 2021 dan bukannya di Malaysia.

"Semakan telah dibuat dan mengesahkan kejadian bukannya di Felda Tenggaroh, Mersing sebagaimana rakaman suara yang tular bersama video berkenaan.

“Berdasarkan video juga kita dapati ia berlaku di luar negara iaitu dipercayai Thailand,” katanya dipetik laporan Kosmo, 20 April 2021.

Tambah beliau, satu laporan akhbar tempatan Thailand iaitu Bangkok Post ada melaporkan berkenaan kejadian di Nakhon Ratchasima, Thailand berlaku ketika lelaki itu cuba memberi makanan kepada gajah. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
1
0
0
You will be interested