Insan & Komuniti 22 Apr, 2021

Berita Terkini| Dipukul dengan penukul besi! Penghantar makanan terima 9 jahitan! Suspek ditahan

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Pihak polis telah menahan suspek di rumahnya di Bayan Lepas, Pulau Pinang sekitar jam 11.15 malam pada 21 April 2021.


SEORANG penghantar makanan terpaksa menerima sembilan jahitan pada kepala selepas dipukul suami pelanggannya dengan penukul besi dalam kejadian kira-kira 4.10 petang, pada 21 April 2021 di Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata kejadian berlaku di pekarangan sebuah pangsapuri itu dipercayai berpunca daripada pertengkaran mulut. 

“Siasatan awal mendapati, terlebih dahulu berlakunya perbalahan mulut antara mangsa dengan suspek berhubung penghantaran makanan. Pertengkaran berlanjutan hingga membawa tindakan suspek memukul mangsa menggunakan penukul besi. 

“Pihak polis telahpun menahan suspek di rumahnya kira-kira pukul 11.15 malam, 21 April 2021 dan turut merampas senjata digunakannya semasa kejadian. 

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Permohonan tahanan reman dibuat ke atas suspek bagi siasatan lanjut,” katanya dipetik Utusan Malaysia, 22 April 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested