Insan & Komuniti 13 Mar, 2021

The Alone Bride! Lakukan sesi foto prakahwin sendirian! Putus tunang sehari sebelum akad nikah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Hati terluka tetapi wanita ini tetap melakukan sesi fotografi praperkahwinan walau berseorangan. - Kredit foto: FB Bro Sayap


ALANGKAH hancur hati apabila hari untuk disatukan sudah di depan mata, namun si tunang membatalkan pernikahan sehari sebelum hari akad kerana hatinya kembali dicuri oleh bekas kekasihnya.

Majlis akah nikah sepatutnya berlangsung pada Ahad, 1 Mac 2021, tetapI si lelaki memberitahu pada 28 Mac 2021 yang dia membatalkan perkahwinan. Sedangkan majlis resepsi sudah dirancang diadakan pada Sabtu, 13 Mac 2021.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Jannah tetap mengukir senyuman dalam kedukaan.


Walaupun hatinya terluka, wanita itu tetap mengadakan sesi fotografi praperkahwinan (pre wedding) mengikut jadual asal iaitu pada Selasa, 9 Mac 2021.

Pemotretan gambar pra-perkahwinan secara sendirian itu dilakukan sendiri oleh pemilik Aura Qalbu Photo, Muhammad Faris atau pemilik akaun Facebook @Bro Sayap dari Kuala Terengganu.

Sesi fotografi itu dijalankan di kawasan Lagoon Park, Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu.

Dalam sesi pemotretan itu, wanita berkenaan cuba berlakon ceria di sebalik duka dengan gambar-gambar yang diambil menjadi kenangan duka.

Menurut Faris, ia adalah pengalaman pertama sebagai jurugambar memotret praperkahwinan di mana si pengantin perempuan tidak didampingi pengantin lelaki alias sendirian.



"Saya sendiri merasakan kesedihannya, tetapi dia tetap tenang dan senyum. Dia seorang wanita yang tabah," kata Faris.

“Kita hanya mampu merancang , tapi Tuhan sahaja yang menentukan. Soal jodoh Itu rahsia. Semoga anda kuat menempuh dugaan-Nya," tambah Mohammad Faris dalam muat naik dalam Facebooknya @Bro Sayap.

"Nak dijadikan pengajaran buat semua dan teladan buat semua. Tolong hargai pasangan anda. Dah dekat majlisnya. Namun ditinggalkan kerana kehadiran kekasih lama . Semoga kuat dan tabah," sambung Mohammad Faris.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaharu, hantaran berkenaan "Alone Bride" itu telah dipadamkan oleh pemilik akaun Bro Sayap bagi mengelak sebarang salah faham dan tuduhan terhadap penceritaan tersebut- KitaReporters


0
0
6
1
0
You will be interested