Insan & Komuniti 10 Dec, 2020

Shasha tetap bersanding! Walaupun pelamin angannya musnah!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

"PELAMIN angan-angan aku musnah." Kemungkinan membayangkan kata-kata seperti itu menyebabkan seorang wanita sanggup melangsungkan persandingannya bersendirian meskipun tiada bakal suaminya di sisinya bagi menyambut hari yang paling bahagia serta bermakna buatnya. : KitaReporters


SHASHA Ali berpakaian baju pengantin berwarna putih sempena `hari perkahwinannya' pada 30 November 2020.  -  Kredit Foto : Lightviewsg 


Lagi kisah-kisah berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan 


Bukan setakat itu sahaja, malah Shasha Ali turut membayangkan perkara-perkara yang indah bersama bekas tunangnya sentiasa berada disisinya pada `majlis perkahwinannya’ biarpun wanita itu mengambil photoshoot (sesi bergambar) keseorangan

Dia yang tinggal di Singapura berbuat demikian kerana untuk meneruskan niatnya kesampaian juga bagi berkahwin dengan tunangnya yang diidamkan selama ini dengan menyediakan sebuah pelamin yang berseri.  


SHASHA ALI mampu lagi tersenyum walaupun kenangan silam terpaksa dilalui dengan hati yang tabah. - Kredit foto: Lightviewsg


Namun wanita itu ingatkan panas hingga ke petang tetapi rupa-rupanya hujan di tengah hari apabila tunangnya membatalkan perkahwinan serta memutuskan hubungan mereka kira-kira tiga minggu sebelum tarikh pasangan itu diijabkabulkan yang sepatutnya pada 30 November 2020 lalu.

Bayangkan ketika itu betapa kecewa dan hampanya hati Shasha bagaikan kaca terhempas ke batu selepas dia sendiri tidak menyangka tunangnya sanggup berpaling tadah sehingga memutuskan ikatan cinta, kasih dan sayang terhadap wanita malang itu.



SHASHA bersanding bersendirian tanpa pengantin lelaki. - Kredit Foto: Lightviewsg


Sahsha berkata sebelum tunangnya membuat keputusan mengejutkan dirinya serta keluarganya itu dia telah membuat persiapan yang lebih awal  tentang perkahwinannya serta kad jemputan sudah pun diedar kepada sanak saudara dan sahabat handainya.

``Tetapi tergamak pula dia (tunang) memainkan serta memalukan diri saya dan keluarga saya selepas dia memberitahu untuk membatalkan perkawinan kami pada saat-saat akhir tanpa sebarang alasan sedangkan tiga minggu lagi majlis perkahwinan kami akan diadakan.

``Walaupun dia tidak mahu berkahwin dengan saya tetapi saya tetap dengan semangat yang kuat untuk meneruskan majlis itu kerana untuk membatalkan majlis itu serta memberitahu semula kawan-kawan juga menimbulkan banyak masalah,’’ kata Shasha yang sudah bertunang dengan lelaki terbabit sejak Ogos 2020 lalu.


SHASHA ALI


Selain itu, Shasha juga sudah menempah ketering dari awal lagi serta barangan lain yang berkaitan dengan urusan perkahwinannya agar majlis itu berjalan dengan sempurna dan mengembirakan apabila tiba masanya. 

Ketabahan hati wanita itu mengadakan majlis perkahwinannya tanpa pengantin lelaki mendapat sokongan kaum keluarganya serta rakan-rakannya yang turut bersimpati dengan nasib malangnya.


 


Semasa Photoshoot solo itu, Shasha memakai pakaian busana pengantin berwarna putih, solekan dan cincin dengan wajah ceria bersama rakannya walaupun luka di hatinya hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

Kekecewaan hati Shasha yang begitu tabah menghadapi dugaan daripada Tuhan itu telah dikongsi bersama oleh jurugambar yang mengambil gambarnya pada majlis perkahwinan wanita itu baru-baru ini dalam Facebooknya.

Menerusi laman instagram Shasha, kebanyakan pembacanya memberi kata-kata nasihat serta semangat terhadap dirinya selain mereka turut mendoakan semoga wanita itu dapat bertemu jodoh dengan lelaki yang baik pada masa akan datang.


Kredit Foto : Lightviewsg 


Kemungkinan juga banyak hikmah yang tidak diketahui di sebalik perkahwinan Shasha yang tidak kesampaian itu. 

Walaupun kisah sedih serta memalukan keluarga pengantin perempuan itu berlaku di negara jiran tetapi ia sedikit sebanyak  memberi pengajaran kepada bakal-bakal pengantin sekiranya mereka mengambil sesuatu tindakan di luar jangkaan pelbagai andaian yang boleh berlaku. - KitaReporters


SUMBER : MS News

1
5
5
1
2
You will be interested