SEORANG nenek bertudung berusia 52 tahun yang terputus wang untuk makan dan mungkin dalam keadaan terdesak terpaksa melakukan kesalahan jenayah dengan mencuri wang tunai sebanyak Rp100 ribu (kira-kira RM30) di sebuah gerai di pasar Mandiraja, Banjarnelaka, Jawa Tengah pada Sabtu, 30 Januari 2021.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan nenek:
https://kitareporters.com/search?search=nenek
Terima kasih Bapak Polis! Beri bantuan! Ibu curi ubat, ayah curi telefon kerana kasihkan anak
Nenek itu yang dikenali sebagai KN itu diheret ke balai polis dengan lehernya dicekik dan ditarik pada tudungnya. Ada orang yang mengeluarkan kata-kata kesat sambil mengheret nenek ini.
Nenek ini memohon maaf dan merayu agar dirinya tidak diarak ke balai polis.
Namun rayuannya tidak diendah dan menjadi tumpuan orang ramai sepanjang dipaksa menuju ke balai polis yang tidak jauh daripada pasar.
Namun ketika tiba di balai polis, nenek yang keletihan itu tidak terburu-buru disiasat.
Dia diberi masa untuk menghilangkan keletihan serta diberi makan dan minum. Setelah itu baru diminta keterangan daripada nenek KN.
Menurut Ketua Polis Mandiraja, AKP Sugit Sunandar, walaupun nenek itu boleh ditahan kerana mencuri, namun pihak polis mengunakan budi bicara dengan mengadakan perbincangan mediasi antara terdakwa dan mangsa.
Hasil mediasi itu, kesepakatan diperolehi. Pihak mangsa (pemilik kios) sedia menghalalkan wang tunai Rp100 ribu itu, sementah terdakwa (nenek KN) memohon maaf.
Akhirnya nenek KN dibebas pada sebelah malam. Namun nenek KN perlu melapor diri di balai polis itu setiap KHI kepada mangsa.
Polis daerah turut memberi sejumlah bekalan makanan kepada nenek KN sebagai bantuan sosial.
Nenek KN dari Sijarela, Cilacap tinggal sebatang kara. Suami dan dua anaknya merantau untuk mencari pekerjaan.
Setelah beberapa waktu nenek KN putus sumber kewangan. Akibatnya dia nekad utuk mencuri di sebuah pasar untuk membeli sesuap nasi.
Peristiwa yang berlaku di daerah Mandiraja ini boleh dijadikan panduan semua.