Insan & Komuniti 25 Jan, 2021

Terima kasih Bapak Polis! Beri bantuan! Ibu curi ubat, ayah curi telefon kerana kasihkan anak

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


KERANA desakan kehidupan, ada antara kita yang terpaksa melakukan kesalahan seperti mencuri. Seorang ibu mencari pencuri kerana anaknya sakit dan seorang ayah mencuri bagi memastikan anaknya terus bersekolah.

Di Petaling Jaya, seorang ibu terpaksa mencuri makanan dan pelekat penyejuk badan di sebuah pasar raya kerana anaknya deman.  Sementara di Jawa Barat pula, seorang bapa terpaksa mencuri sebuah telefon milik jirannya untuk diberikan kepada anaknya yang belajar persekolahan secara online. 

Namun, dalam kedua-dua kes, pihak keselamatan bukan datang untuk menangkap tapi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban serta tekanan kehidupan kepada keluarga berkenaan.


Lagi kisah-kisah jenayah berkaitan mencuri:

https://kitareporters.com/search?search=mencuri


NIK Ezanee Mohd Faisal menyampaikan makanan kepada suri rumah terbabit di Petaling Jaya pada 21 Januari 2021. - Kredit foto: IPD Petaling Jaya 


KETUA Polis Daerah Garut, Jawa Barat menyampaikan makanan dan telefon kepada anak Anjang di Pondok Usang, baru-baru ini. - Kredit foto : Tribunnews 


Empat hari lepas, pada 21 Januari 2021 lalu, kita dikejutkan serta turut terharu dengan tindakan nekad seorang ibu berusia 36 tahun yang terpaksa mencuri makanan dan pelekat penyejuk badan kerana anaknya deman di sebuah pasar raya di Petaling Jaya, Kuala Lumpur. 

Namun kes kecurian melibatkan wanita itu tidak berpanjangan dan diselesaikan atas simpati Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal

Mulianya hati Nik Ezanee kerana beliau bukan setakat menyelesaikan kes itu agar tidak berpanjangan ke mahkamah sebaliknya pegawai polis itu memberi pula sumbangan makanan di samping bantuan lain kepada ibu yang mempunyai tiga anak itu dan hidup dalam kemiskinan.


NIK Azanee membeli barang-barang makanan di pasar raya untuk diberikan kepada ibu terbabit. - Kredit Foto : IPD Petaling Jaya 



NIK AZANEE MOHD FAISAL


Selain itu, baru-baru ini, kejadian yang hampir sama berlaku di Kampung Cilelang, Desa Jati, Garut, Jawa Barat apabila seorang bapa, Anjang, 40, terpaksa mencuri sebuah telefon milik jirannya bernama Teguh untuk diberikan kepada anaknya yang belajar persekolahan secara online. 

Menurut laporan Tribunnews.com, Anjang yang berkerja sebagai petani dengan purata pendapatan 50,000 rupiah atau RM14.56 sehari bertindak demikian kerana tidak sampai hati melihat anak perempuannya sudah 10 hari tidak dapat melakukan pembelajarannya kerana telefonnya rosak.


 

ANJANG


Bagaimanapun, Anjang yang tinggal di pondok usang bersama isteri serta tiga anaknya dikatakan bernasib baik apabila Ketua Polis Daerah Garut tidak mengambil tindakan kerana  bersimpati dengan nasib keluarga petani itu yang hidup dalam kedaifan itu.

``Saya sedar Anjang mengambil telefon saya akibat desakan hidupnya yang kesian anaknya tidak dapat belajar secara online.

``Kalaulah dia berniat untuk mencuri sudah tentu dia akan ambil dua buah telefon dan sebuah laptop yang berada di atas meja semasa kejadian tetapi dia hanya mengambil sebuah telefon sahaja untuk anaknya,’’ Kata Teguh.


 

Ketua Polis Daerah Garut berkunjung di pondok usang Anjang yang didiami lima beranak di Kampung Cilelang, Desa Jati, Garut, Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini. - Kredit Foto : Tribunnews


Berikutan kejadian itu, Ketua Polis Daerah terbabit mengadakan lawatan mengejut ke pondok Anjang  dan alangkah sayu hatinya melihat keluarga petani itu sedang makan sebungkus mi segera berkongsi lima beranak.

Kisah yang berlaku di depan mata itu turut memilukan hati pegawai polis berkenaan lalu beliau memberi sumbangan makanan, sebuah telefon serta alatan persekolahan untuk anak Anjang. 


NIK Azanee menyampaikan sumbangan kepada wanita berkenaan di rumahnya pada 21 Januari 2021 - Kredit Foto : IPD Petaling Jaya


Berbalik kes wanita di Petaling Jaya itu, kalaulah diturutkan hatinya sememangnya dia tidak tergamak untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang selain menjejaskan maruahnya.

Tetapi apakan daya akibat tiada wang apatah lagi suaminya tidak ada sebarang pekerjaan sejak pandemik Covid-19 maka terpaksa juga dia berbuat demikian akibat tidak sanggup melihat anak-anaknya kelaparan serta tidak sampai hati melihat anaknya asyik menangis kerana deman.

Nasib baik Tuhan mempertemukan wanita terbabit dengan Nik Ezanee yang baik hati untuk memutuskan agar kes berkenaan diletakkan di bawah kategori Tidak Memerlukan Tindakan (NFA) atas kesalahan jenayah yang dilakukannya.

Kalau tidak, wanita itu tentunya akan berdepan dengan hukuman denda atau penjara. - KitaReporters


WANITA terbabit memegang bungkusan makanan yang disumbangkan oleh Nik Azanee di rumahnya. - Kredit Foto : IPD Petaling Jaya

2
0
2
0
0
You will be interested