Insan & Komuniti 27 Jul, 2022

Kes hina agama Islam lagi! Kali ini mengaku diri sebagai nabi perempuan! Cetus kemarahan warganet!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


KES penghinaan agama Islam seperti drama bersiri pula dan bersambungan bermula dengan kes Siti Nur Amira Abdullah yang mengaku seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran kemudian membuka tudung dan menanggalkan baju kurung semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi, baru-baru ini.

Kemudian muncul pula seorang penganggur, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menggunakan Facebook secara sedar dengan memuat naik rakaman video berdurasi empat minit 13 saat yang jelik sifatnya dengan niat menghina Islam.

Penyudahnya dia dihumban ke dalam penjara selama setahun akibat gagal melunaskan denda sebanyak RM10,000.


Lagi kisah-kisah jelik berkaitan menghina agama




Terbaharu tular lagi satu video penghinaan terhadap Islam oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya nabi wanita pertama mengenakan kostum Spiderman sambil mempersendakan solat dan al-Quran dalam akaun TikTok miliknya. 

Video tersebut memaparkan seorang wanita yang dikenali sebagai Mariam Hadid sedang menunaikan rukun solat iaitu rukuk dengan audio menyebut ‘Allahu Akbar’, namun memakai pakaian adiwira berkenaan selain pakaian tersebut mencolok mata.

Wanita yang mengaku dirinya seorang model dan memiliki kira-kira 73,000 pengikut itu kelihatan bertindak biadab apabila melakonkan aksi solat dengan memakai pakaian Spiderman.



Malah secara beraninya, pemilik akaun TiTok @mariam.hadid1 itu menyatakan tindakan yang dilakukan merupakan aksi yang salah apabila memakai pakaian yang salah untuk bersolat.

Dalam video berasingan pula sambil mengenakan pakaian yang sama, wanita berpakaian seperti watak Spiderwoman itu membaca surah Al-Fatihah.



Video mempersenda solat dan bacaan al-Quran tersebut telah mencetuskan kemarahan warganet sehingga ramai yang mengajak pengguna-pengguna laman sosial lain untuk melaporkan kebiadaban dan melampau akaun TikTok tersebut.

Dalam Facebook, seorang pengguna media sosial, Mohd Azahar melalui satu hantaran menyeru orang ramai yang mempunyai akaun TikTok untuk melaporkan akaun tersebut  yang  mendakwadirinya adalah nabi wanita pertama.

Mohd Azahar turut menyertakan dalam hantarannya tangkap layar video-video yang menurut beliau, kebanyakan video-video wanita tersebut berunsur penghinaan terhadap agama Islam.



Lelaki berkenaan menggesa supaya netizen melaporkan akaun tersebut yang mengaku dirinya adalah nabi perempuan. Malah kebanyakan kandungan di TikTok adalah menghina agama Islam.

Jangan biarkan agama Islam dihina… Jadi marilah kita report TikTok dia biar dia tidak lagi membuat content yang menghina agama kita (agama Islam)…” seru lelaki tersebut. - KitaReporters



12
11
0
8
2
You will be interested