Insan & Komuniti 18 Apr, 2020

BIADAB!!! JANGAN MEMPERSENDA AGAMA ISLAM!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

KETIKA ini viral dalam Facebook (FB), sebuah video yang memaparkan seorang lelaki berbangsa Cina sedang mempersendakan cara solat umat Islam. Beliau yang dikatakan bernama Eugene Chong Wing Hou melakukan perkara tersebut sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya dengan gelak tawa. : KitaReporters



Video berdurasi selama 28 saat yang dimuat dalam FB milik 'Jangan Degil  Setan' itu, telah menerima pelbagai kecaman dari pelbagai bangsa di Malaysia ini.

Malah ada antara mereka cuba 'tag' pihak berkuasa seperti PDRM dan berharap tindakan tegas diambil ke atas lelaki Cina tersebut.

Jika dilihat dalam ruang komen, ternyata, ia telah mengundang kemarahan semua netizen tanpa mengira agama, tetapi khususnya dalam kalangan umat islam. 

Namun begitu ada juga yang mendoakan beliau mendapat 'hidayah' dari Allah.






Isu menghina agama seperti ini sepatutnya tidak boleh dan tidak patut berlaku lagi di Malaysia apatah lagi kita sudah mencapai kemerdekaan hampir 63 tahun. - KitaReporters

1
3
0
2
30
You will be interested