Insan & Komuniti 17 Dec, 2021

Tanggungjawab sosial! Maybank Islamic bantu golongan terjejas Covid-19! Ringankan beban penerima!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


PANDEMIK Covid-19 melanda negara bukan sekadar menyebabkan ramai yang kehilangan ahli keluarga tetapi juga berdepan situasi terjejas pendapatan serta kehilangan pekerjaan

Namun, di sebalik musibah itu turut menyaksikan pelbagai pihak turun padang melaksanakan tanggungjawab sosial (SR) bagi membantu mereka yang terjejas akibat Covid-19 dengan cara serta pendekatan masing-masing. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bantuan Covid-19


Salah seorang penerima, Afindi Wakir pernah terputus bekalan makanan akibat Covid-19 menzahirkan rasa syukur tidak terhingga atas bantuan diberikan.


Tidak terkecuali Maybank Islamic yang telah ‘menghulurkan tangan’ bermula sejak Oktober 2021 bagi meringankan beban kumpulan sasaran.

Terbaharu, pada 11 Disember 2021 lalu melibatkan seramai 100 buah keluarga terdiri daripada golongan asnaf termasuk ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan penduduk terjejas.

Bertempat di Kompleks Penghulu Mukim Rimba Terjun, Jalan Parit Sulong, Pontian, Johor para penerima menerima bantuan pek makanan menerusi projek 'Covid-19 Immediate Assistance' (Bantuan Segera Covid-19) tajaan Maybank Islamic dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM).


Fa'azurah Kadir, turut membantu para penerima manfaat membawa pek makanan menaiki kenderaan.


Pengurus Bahagian Program Islamic Relief Malaysia, Fa’azurah Kadir berkata bantuan berkenaan merupakan kesinambungan daripada agihan bantuan yang telah diadakan sebelum ini.

“Program sumbangan ini bertujuan  untuk meringankan beban golongan memerlukan selepas pascapandemik. Setiap pek makanan mengandungi keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung gandum, makanan dalam tin, gula, bihun dan biskut.

"Keseluruhan penerima bantuan bagi projek ‘Covid-19 Immediate Assistance’  ini adalah seramai 1,200 orang melibatkan negeri Johor, Pahang, Pulau Pinang dan Sarawak.

"Terdapat dua kaedah penyerahan bantuan yang diguna pakai iaitu aplikasi perbankan mudah alih atau e-dompet terbaharu iaitu aplikasi MAE dan pek makanan," katanya.


Irma Hasmie hadir dalam program edaran bantuan pek makanan di Kompleks Penghulu Mukim Rimba Terjun, Jalan Parit Sulong, Pontian, Johor.


Sementara itu, personaliti terkenal tanah air yang juga Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia iaitu Irma Hasmie Ibrahim berkata program penyampaian bantuan seumpama itu wajar diteruskan kepada golongan sasaran.

“Para penerima yang terpilih pastinya mereka yang amat terjejas dari sudut kewangan atau pendapatan dan dengan adanya sumbangan begini ia dapat membantu ringankan beban,” ujarnya. - KitaReporters


6
9
0
21
0
You will be interested