Mohamad Azlan Abdullah @ Ali (kanan) mahu orang kampungnya merasai peluang menaiki helikopter sebagai satu hadiah dan penghargaan terhadap sokongan mereka kepadanya. - Kredit foto: FB Muhammad Azlan Al-Amin
MULIANYA hati anak muda ini berkongsi kebahagiaan yang dikecapi hari ini bukan sahaja bersama orang tuanya sendiri tetapi juga orang kampung yang pernah menyaksikan jatuh bangun dirinya sehingga bergelar jutawan, hari ini.
Itulah yang dilakukan peneraju syarikat Azlan Al-Amin Properties Sdn Bhd, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali yang sanggup membawa penduduk kampung halamannya di Terengganu merasai peluang menaiki helikopter.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan helikopter:
https://kitareporters.com/search?search=helikopter
Selamat bersara! Cikgu Jumi dibawa naik helikopter, Merc SLK
Wah bestnya dapat naik helikopter!!
Menerusi perkongsiannya dalam Facebook, Azlan yang juga dikenali sebagai Mohamad Azlan Al-Amin, bekas pengutip sampah yang kini bergelar jutawan berkata peluang yang diberikan itu merupakan hadiah kepada orang kampung yang selama ini sentiasa bersama dan memberi sokongan kepada dirinya.
“Hadiah untuk orang-orang kampung saya dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya, hari ini hari ke-4 bawa orang orang serta rakan-rakan saya naik helikopter,” kongsinya dalam hantaran Facebook baru-baru ini.
Azlan (dua dari kiri) bersama orang kampung yang berpeluang menaiki helikopter sekitar kampungnya di besut, Terengganu. - Kredit Foto: FB Syazwan Ahmad.
Menurut Azlan sepanjang berada di kampung halaman beliau telah menyediakan tiga mengawal yang bertanggungjawab untuk mengawal keselamatan helikopternya itu.
Malah, sepanjang berada di kampung, orang kampung bergilir-gilir berpeluang merasai menaiki helikopter.
Tindakan memberi pengalaman kepada orang kampungnya merasai menaiki helikopter dipuji dan tidak salah jika dia dijadikan inspirasi kepada anak muda untuk lebih berjaya.
MERONDA bersama ibu dan ayah yang sentiasa bersama pada saat susah dan senang.
Terdahulu, pemuda berusia 34 tahun itu membuat kejutan kepada kedua-dua orang tuanya, Siti Aishah Ismail dan Abdullah @ Ali Ahmad dengan menerbang dan menurunkan helikopternya di hadapan kediaman orang tuanya.
Malah ikon usahawan muda itu sempat membawa ‘syurganya’ makan pagi di Besut sebelum meronda menaiki helikopter.
Semoga kemewahan dan kejayaan yang dimiliki Azlan hari ini memberi inspirasi kepada orang kampungnya termasuk anak-anak muda untuk terusbangkit dan berjaya. - KitaReporters
Azlan (gambar atas, kiri) menyediakan tiga pengawal untuk memantau dan memastikan kawalan keselamatan helikopter sepanjang berada di kampung.