Insan & Komuniti 10 Jul, 2020

Selamat bersara! Cikgu Jumi dibawa naik helikopter, Merc SLK

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this

SETIAP orang mempunyai kehendak dan cita-citanya sendiri terhadap setiap pencapaiannya dalam kehidupan. Menunggang kuda bersama jejaka tampan dengan sebilah pedang, menaiki motor berkuasa besar sambil diiringi pengawal peribadi berbadan sasa dan bermacam lagi. Namun ada cerita menarik mengenai seorang guru yang mencoretkan kenangan persaraannya yang luar biasa dan menarik! : KitaReporters

Jumilah Zakaria yang terkenal dengan sapaan cikgu Jumi


Majlis persaraan Guru Kanan Ko-kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh (SMKBBSB) amat istimewa apabila diraikan oleh pelajar dan kakitangan sekolah berkenaan dengan menaiki helikopter dan sebuah kereta mewah Mercedes Benz SLK200

Terdahulu, guru yang bertubuh kecil dan sering kali terlihat "gojes" itu telah menamatkan perkhidmatannya hampir 30 tahun dalam arena pendidikan di berbagai sekolah di negeri Selangor. 

Memulakan perkhidmatannya sebagai guru pada 5 Januari 1990 dan menamatkannya pada 8 Julai 2020 adalah perkara yang membahagiakan di samping dapat menyambut hari kelahirannya pada keesokan hari bersama keluarga tercinta. 

Kredit foto FB@JumilahZakaria


Jumilah Zakaria yang terkenal dengan panggilan Cikgu Jumi dalam kalangan rakan sepengajarnya dan pelajar sekolah sangat terharu dengan sambutan yang diraikan sempena majlis persaraannya. 

Dengan personalitinya yang mudah mesra dan didekati ini menjadikannya sebagai guru pilihan untuk mengetuai pelbagai pertandingan luar dan dalam sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan dan negeri. 

Minatnya yang kuat terhadap aktiviti pengembaraan menjadikan pengalaman menaiki pesawat ringan (helikopter) adalah suatu titik tolak untuknya menggembara lebih jauh ke negara orang selepas perkhidmatannya tamat. 

"Cikgu minta pencen awal sebab mahu travel oversea tengok dunia dilanda Covid-19.

"Cucu belum ada, so sementara tak boleh travel oversea tu, cikgu nak berkebun kat sekolah dengan Cikgu Normala," jelasnya menerusi kiriman WhatsApp. 

Sosok jelita yang mempunyai tiga orang cahaya mata ini amat terkejut dengan persiapan yang singkat dengan pembukaan sekolah sewaktu COVID-19, tidak menjejaskan semangat rakan-rakannya membuat persiapan yang menggujakan ini.

Terima kasih sahabat sepengajar semua! 


Jika dahulu majlis persaraan tertumpu sepenuhnya kepada persembahan kakitangan sekolah dan pelajar, dengan aktiviti sebegini dapat mewujudkan majlis di luar konteks yang lebih eksklusif dan bergaya. 

Menggayakan busana persis permaisuri di kayangan baginya adalah sesuatu yang diidamkan sewaktu persaraannya sambil ditemani "bodyguard" terdiri daripada kalangan murid-murid pelbagai kelas tingkatan. 

Aktiviti 'rare' para guru dalam setiap majlis persaraannya bersama murid dan kakitangan sekolah


Roslizawati atau lebih dikenali Cikgu Cyza Lee amat mengkagumi semangat juang Cikgu Jumi sejak pertemuaannya di sekolah buat pertama kali. 

Baginya aura guru yang hebat dan positif akan menarik murid yang mundur untuk sama-sama bertenaga dan mencapai kejayaan. 

"Masa mula kenal dia, memang nampak sangat bertenaga, aktif semacam, tak padan dengan kecil orangnya tapi semangat kerja memang tinggi.

"Tak pernah dengar dia cakap NO to any tasks yang hadir walaupun last minit, terutama dalam pertandingan yang dianjurkan. 

"Semangat dan usaha serta cara kerja dia memang 'ohsem', pelajar-pelajsr pun suka sangat bantu dia, dia tak pernah membezakan pelajar walau dari kelas mana.

"Doa saya agar saya dapat menjadi setabah dia, sesemangat dia, sekreatif dia dan sesabar diri dia" ujarnya ketika ditemui. 


Untuk makluman aktiviti "rare" sebegini mula dijadikan perkara sohor kini yang popular dalam kalangan guru yang mahu bersara. 

Kenangan yang indah bersama anak murid dan sahabat seperguruan tidak hanya terbatas dengan menaiki pesawat helikopter dan kereta mewah. 


Mungkin dengan kemajuan teknologi dan perubahan masa yang serba kehadapan jangan terkejut pula, satu hari nanti guru menaiki drone dalam majlis persaraannya dan terbang beribu-ribu kaki dari permukaan daratan tanpa orang yang memantaunya. 

Manalah tahu! 

Walau bagaimanapun, syabas dan tahniah Cikgu Jumi, semoga sukses dengan kehidupan sebagai ibu dan suri rumah sepenuh masa. 

Jasamu terlalu hebat dan dikenang sampai bila-bila. 

Kenangan yang terpahat begitu manis sebagai seorang guru yang diraikan warganya


Perdengarkanlah dua rangkap pantun perpisahan ini :

Mulia hati dermawan seorang ratu, 

Anggun perkasa bagaikan tegak gunung merbabu, 

Meski jauh jarak antara kau dan aku, 

Satu kata yang memastikan kita sama adalah rindu. 


Bunga cina bunga karangan, 

Tanamlah rapat di tepi perigi, 

Adik di mana abang gerangan, 

Bilalah dapat bertemu lagi. 


Selamat bersara Cikgu Jumi dan tahniah sekali lagi! Guru menerangi kegelapan siang atau malam, terima kasih guru. - KitaReporters

53
6
0
0
2
You will be interested