Setelah beberapa hari individu yang menjadi dalangnya tidak muncul untuk meminta maaf, Fauzi nekad membuat laporan polis bagi mencari dalang itu.
(Laporan KitaReporters: Video lucah mirip dirinya! Fauzi Nawawi buat laporan polis!)
Hari ini Ahad, 28 Jun 2020, Fauzi membuat laporan di Balai Polis Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur.
Dia yakin dengan kecekapan polis, dalang yang dicari itu dapat ditemui serta diberkas dalam masa tedekat.
Katanya dalang itu disifat sebagai berbahaya dan boleh menjejaskan industri tanah air dengan sejumlah artis akan menerima nasib yang sama jika dalang sedemikian tidak cepat ditangkap.
Bagi Fauzi, dalang itu mungkin mengalami sakit jiwa dan berasa puas jika dapat memalukan seseorang artis itu.
Menurut Fauzi, insiden tersebut bukan sahaja menjejaskan dirinya secara peribadi, malahan juga isteri dan anak-anak.
Selepas berita itu tersebar, media sosialnya dihujani pelbagai pertanyaan berunsur lucah. Malah ada yang meminta video lucahnya, malah ada yang menawarkan wang untuk memilikinya.
Tidak mustahil kalau cerita Fauzi ini akan dijadikan kisah dalam drama 'Gerak Khas'
Fauzi adalah antara pelakon yang beberapa kali membintangi drama kepolisan ‘Gerak Khas’.
Tidak mustahi kisah Fauzi Nawawi ini akan dijadikan judul salah satu episod ‘Gerak Khas' akan datang, dengan Fauzi Nawawi sendiri melakonkannya.
Pengasas dan penerbit drama ‘Gerak Khas’, Datuk Yusof Haslam menghasilkan sebahagian besar cerita berdasarkan kisah benar. - KitaReporters