DALAM tempoh tiga hari, pelakon Fauzi Nawawi, 47, mengalami dua perkara besar kepada dirinya. Pertama, berita mengembirakannya, dan yang kedua sebaliknya. Bersabarlah! Allah menguji hamba-Nya dengan dugaan yang boleh mengangkat martabatnya!! : KitaReporters
Kredit foto: http://www.myartis.com/
Sabtu, 20 Jun 2020 lalu, dia menerima berita yang mengembirakan apabila dibertahu anak saudaranya yang kurang upaya (OKU), Siti Najiha, 22, yang hilang di Perak sejak 9 Jun 2020 ditemui semula di Tanah Merah, Kelantan dalam keadaan terpinga-pinga dan demam panas.
Namun setelah hatinya gembira, Isnin lalu, dia menerima berita yang menyakitkan hatinya.
Sejak Isnin, 22 Jun 2020 lalu, tular video bogel dalam beberapa laman sosial yang memaparkan seorang lelaki melakukan onani.
Bentuk lelaki itu mirip bentuk tubuh Fauzi Narawi???
Ia membuat pelakon itu marah besar dan memandang serius perkara yang menjatuhkan maruahnya.
Suami Lisdawati ini bercadang membuat laporan polis dan akan mendakwa pihak yang mengaitkan dirinya dengan video berunsur lucah itu.
"Logik akal kalau fikir apa faedah yang mereka dapat?
"Dan mereka tak takut dengan undang-undang, maknanya mereka ini profesional. Malah kalau kita layan kerja mereka kita boleh jadi gila.
"Jadi pedulikan sahaja dan buat laporan dan serah pada undang-undang," katanya.
Fauzi dan Lisdawati berkahwin pada 9 September 2007.
Mereka dikurniakan 4 anak, sementara Fauzi mempunyai 4 orang anak lagi dari perkahwinan terdahulu. - KitaReporters