Insan & Komuniti 15 May, 2021

Berita Terkini| Kematian Haziq tiada kaitan Covid-19! Punca komplikasi saluran darah jantung!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Jenazah Allahyarham Haziq Kamaruddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Jasin, Melaka kira-kira pukul 1.40 pagi, pada 15 Mei 2021. - Kredit foto: Astro Awani


HASIL bedah siasat ke atas jenazah atlet pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin yang meninggal dunia jam 9.37 pagi, 14 Mei 2021 menunjukkan punca kematian akibat komplikasi saluran darah jantung tersumbat berikutan perubahan arterosklerosis.

Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr. Zahari Noor berkata, sehingga kini tiada bukti menunjukkan kematian atlet berkenaan mempunyai kaitan langsung dengan vaksinasi Covid-19.

“Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisis makmal. Setakat ini, ia tiada kaitan dengan vaksin Covid-19.

“Proses bedah siasat selesai dilakukan setelah calitan ujian Covid-19 yang diambil menunjukkan keputusan negatif bagi virus tersebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dipetik oleh Kosmo, 15 Mei 2021.

Haziq menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.37 pagi, 14 Mei 2021 sejurus dikejarkan ke Hospital Kajang dan jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Jasin, Melaka kira-kira pukul 1.40 pagi, 15 Mei 2021.

Allahyarham pernah beraksi pada Sukan Olimpik London, England (2012) serta Rio de Janeiro, Brazil (2016) dan ketiadaannya merupakan kehilangan besar buat negara selepas arwah menjadi taruhan dalam persiapan untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo. - KitaReporters

0
0
1
0
0
You will be interested