Insan & Komuniti 05 Aug, 2020

Beirut: Pembantu rumah gadai nyawa! Selamatkan anak jagaan!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

SEMALAM, Selasa 4 Ogos 2020, kita semua dikejutkan dengan dengan satu tragedi yang menggemparkan seluruh dunia yang berlaku di Beirut, Lebanon (Lubnan). Satu letupan telah mengegarkan pusat bandar Beirut dan telah memusnahkan banyak bangunan yang berada di sekitar bandar tersebut. : KitaReporters


Kredit foto: Twitter @sandeep_153



Menerusi video yang tular dalam media sosial, letupan kedua yang mengeluarkan api dan diikuti dengan kepulan asap yang tebal dan besar serta bunyi yang amat kuat daripada letupan pertama telah menggegarkan bangunan dan rumah di kawasan tersebut.

Berpuluh-puluh mangsa cedera dan terkorban semasa letupan tersebut berlaku. 


Bukan itu sahaja, satu video tular dalam media sosial memaparkan pembantu rumah dilihat menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan ketika sedang vakum lantai.

Dalam video yang tular ini kelihatan ketika letupan kedua, pembantu rumah ini sedang vakum lantai bahagian balkoni, manakala kanak-kanak yang dijaga sedang bermain. Lalu, diangkat kanak-kanak itu secepat mungkin.

Daripada video ini, ini menunjukkan walaupun pembantu rumah adalah pekerja asing tetapi mereka sanggup mengorbankan nyawa mereka demi anak jagaan mereka.


Ini kerana sebelum ini banyak pembantu rumah dari Ethiopia (Habsyah) yang dibuang kerja dibiarkan merempat di tepi jalan kerana majikan tak mahu membayar gaji mahupun tiket untuk pulang ke kampung.

Rata-rata netizen mengatakan bahawa layanan orang Arab adalah sangat kurang ajar kerana kita semua manusia dan tidak patut diberi layanan seperti itu.

Layan pembantu rumah macam sampah :


Mereka juga berpendapat, kejadian ini telah membuka mata semua orang di dunia ini bahawa wanita ini adalah hero sebenar walaupun dia hanya seorang pembantu rumah.

Pembantu rumah adalah hero sebenar :


Ketika dilanda musibah dan tragedi, semua nyawa adalah penting. Semua perli dilayah dengan adil dan baik. Mari kita semua doakan agar Beirut, Lebanon pulih semula selepas kejadian yang berlaku ini. - KitaReporters

10
3
3
3
2
You will be interested