Insan & Komuniti 05 Aug, 2020

Tragedi letupan Beirut! Artis zahirkan simpati, soladiriti!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

DUNIA dikejutkan dengan tragedi letupan dahsyat di sebuah gudang di Beirut, Lubnan (Lebanon) pada Selasa, 4 Ogos 2020 sehingga meragut banyak nyawa. Sehingga kini, masih belum diketahui punca kejadian tersebut. Namun menurut sumber awal, ia dikatakan berpunca daripada sebuah stor penyimpanan bahan kimia ammonium nitrat. : KitaReporters

Keadaan di tempat kejadian sebelum dan selepas.




Kesan letupan laksana sebuah letupan kecil bom nuklear bukan sahaja menghancurkan tempat kejadian tetapi turut membawa kemusnahan kepada kawasan berhampiran. 

Sehubungan dengan tragedi dahsyat itu, seluruh penduduk dunia menzahirkan simpati dan solidariti dengan rakyat Lubnan.


Tragedi itu juga mendapat perhatian daripada golongan artis dan selebriti popular tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Fauziah Latiff, Heliza Helmi dan ramai lagi.

Mereka menggunakan platform media sosial untuk menzahirkan rasa simpati dan solidariti kepada rakyat Lubnan.

Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza berkongsi video letupan tersebut dalam Instagramnya berserta kapsyen surah al-Fatihah.


Manakala Faizal Tahir pula turut mendoakan untuk rakyat Lubnan.

“My thoughts and prayers are with the people of Lebanon,” tulisnya.


Sementara itu penyanyi Fauziah Latiff turut sama mendoakan kebaikan untuk rakyat Lubnan.

“With all our thoughts and prayers,” tulisnya.


Begitu juga dengan penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi turut sedih dan terkejut dengan kejadian tersebut.

“Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Allahuakhbar! Beirut Lebanon antara tempat dilalui sebelum sampai ke bumi Syria. Allahuakhbar! Seakan tak percaya sekelip mata musnah segalanya. Mari kita panjatkan doa buat saudara kita,” katanya.


Tidak terkecuali juga artis dan selebriti terkenal dari Hollywood yang turut bersimpati dengan nasib mangsa-mangsa kejadian seperti Angelina Jolie.

1
0
4
0
0
You will be interested