Insan & Komuniti 10 Apr, 2021

Berita Terkini| Sindrom puteri tidur! Remaja perempuan tidur tanpa sedar diri berhari-hari!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Echa didakwa menghidap sindrom 'puteri tidur' sejak usia 13 tahun. - Kredit foto:Kompas.com 


SEORANG remaja perempuan dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan didakwa mengalami sindrom ‘puteri tidur’ yang boleh menyebabkannya tidur tanpa sedar diri sehingga berhari-hari.

Terbaharu, Siti Raisa Miranda, 16, yang merupakan anak kedua dari empat adik-beradik telah tidur selama tujuh hari sejak 1 April 2021 lalu.

Memetik laporan Kompas.com, remaja dikenali sebagai Echa itu menghidap sindrom ‘puteri tidur’ atau nama saintifiknya Kleine-Levin Syndrome (KLS) sejak berusia 13 tahun.

Menurut ayahnya, Mulyadi, anaknya pernah tertidur selama 13 hari berturut-turut sebelum ini sehingga terpaksa dikejutkan untuk makan dan  minum serta ke tandas.

"Sejak mengalami sindrom ini, Echa akan tidur berhari-hari. Jika tidak, dia normal sahaja boleh bermain dan bersekolah macam biasa namun apabila tidur, dia akan jadi seperti ini (tidur).

"Kami risau kerana keadaannya sangat lemah kerana terlalu mengantuk dan turut paksa dia makan dan minum supaya dapat bertahan.

“Dalam tempoh empat bulan sebelum ini, dia sudah tertidur selama dua kali, kali terakhir pada Disember tahun lalu (2020),” katanya. - KitaReporters 

0
2
0
0
0
You will be interested