Insan & Komuniti 27 Jun, 2020

Kegigihan Veveonah kini terbayar! UMS tawar biasiswa belajar

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

KESUNGGUHAN seorang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang sanggup memanjat pokok di hutan semata-mata mendapatkan akses Internet yang laju untuk menjalani peperiksaan dalam talian membuka mata banyak pihak. Terbaru, Veveonah Mosibin yang merupakan pelajar Asasi Sains UMS menerima tawaran biasiswa kepada bagi menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda. Rezeki memang tak pernah salah alamat kan!!! : KitaReporters

VEVEONAH Mosibin menerima sumbangan berupa wang tunai daripada isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlida R.M Jasni . Kredit foto: Jabatan Penerangan Sabah.


Veveonah sebelum ini berkongsi perjalanan untuk mengambil peperiksaan dalam talian dimuat naik ke saluran YouTube miliknya dengan tajuk 24 Hours On Tree Challenge menjadi tular berikutan kesukaran yang dialami sehingga memaksa dirinya bermalam di atas pokok demi mendapatkan akses Internet.

(Baca ceritanya: Veveonah tidur, duduk atas pokok! Ambil exam secara online!)

Kegigihan mahasiswa dari Kampong Sipatalang, Pitas itu membuatkan UMS menerusi Yayasan Nur Jauhar menawarkan biasiswa dan memberikan kemudahan sepanjang tempoh pengajian di universiti berkenaan.

Wah Tahniah Veveonah!

Memetik Jabatan Penerangan Sabah, sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengerusi yayasan, Kolonel Al-Hambra Tun Juhar; Naib Canselor UMS Prof Dr. Taufiq Yap Yun Hin; serta ibu bapa Veveonah iaitu Mosibin Makrun dan Rofinah Ungo.

VEVEONAH yang ditemani kedua orang tuanya, menyifatkan biasiswa yang diterima sebagai pembakar semangat untuk terus cemerlang dan berjaya.


Prof Dr. Taufiq berkata, tawaran biasiswa berkenaan akan diberikan untuk kegunaan Veveonah bagi menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda di UMS.

“Veveonah seorang pelajar pintar dan sentiasa proaktif semasa dalam pengajian asasi sainsnya. 

"Semoga Veveonah akan berjaya dengan cemerlang dalam pengajiannya. Tahniah Veveonah!,” ujarnya.

Sementara itu, Veveonah yang bercita-cita menjadi seorang guru menyifatkan tawaran berkenaan sebagai pembakar semanagat kepadanya untuk terus berusaha dan terus cemerlang dalam pengajian.

Mengenai video pengalaman menjawab peperiksaan di atas pokok seperti dikongsikan dalam saluran YouTube miliknya, Veveonah berkata, dia sendiri tidak menyangka video itu akan tular.

VEVEONAH bersama naib Canselor UMS , Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin selepas majlis menerima biasiswa daripada UMS. - Kredit foto: FB Professor Dr. Taufiq Yap Yun Hin.


Namun mahasiswa berusia 19 tahun itu menzahirkan rasa gembira dan berterima kasih atas perhatian pihak berkaitan yang mengambil tindakan susulan menyediakan kemudahan internet di kampungnya.

Tahniah Veveonah…semoga terus cemerlang! - KitaReporters


 

3
2
0
0
0
You will be interested