Kematian ayahanda Tengku Permaisuri Norashikin dimaklumkan dalam laman Facebook Selangor Royal Office
AYAHANDA kepada
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin iaitu Abdul Rahman
Baba meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada pukul 3.40 pagi,
20 April 2021.
Abdul
Rahman yang berusia 89 tahun meninggal dunia akibat sakit tua dan pemergiannya dikongsikan
menerusi laman sosial Facebook Selangor Royal Office.
Difahamkan
jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.
Sementara
itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari melalui ciapan dalam laman
Twitternya pada 20 April 2021 menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Selangor
Sultan, Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin.
“Patik
mewakili seluruh lapisan pentadbiran kerajaan negeri dan rakyat Selangor
merafak sembah takziah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku
Permaisuri Norashikin atas kembalinya ke rahmatullah, Allahyarham Abdul Rahman
Baba.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan mukmin yang soleh serta mendapat husnul khatimah. Al-Fatihah,” katanya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter