Insan & Komuniti 02 Apr, 2021

Berita Terkini| COVID-19: Mulai esok! PKP di Tawau! PKPD di 3 lokaliti - Sabah 1, Sarawak 2!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

PKP akan dilaksanakan esok di Tawau, Sabah. - Kredit foto: eTawau.com 


PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan di daerah Tawau, Sabah mulai esok, 3 April sehingga 16 April 2021 bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar di lokaliti kes positif.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sehingga kini secara kumulatifnya sebanyak 137 kes aktif telah dilaporkan melibatkan beberapa kluster di daerah Tawau dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“Kerajaan juga bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Perumahan Kilang Sungai Tenegang, Kinabatangan, Sabah bagi tempoh sama.

“Selain itu, PKPD akan turut dilaksanakan di di Sarawak iaitu di Kampung Baji, Sarikei; dan Sungai Rassau, Batang Igan, Daerah Matu, Bahagian Mukah, Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media pada 2 April 2021.

Katanya lagi, pelaksanaan PKPD itu juga bagi memudahkan KKM melaksanakan pengesanan awal kes-kes disyaki COVID-19, sekali gus dapat diasingkan dengan kadar segeran bagi mengawal penularan jangkita dalam komuniti. - KitaReporters




0
0
0
0
0
You will be interested