Dua krew
kapal MV Rapallo (Bulk Carrier) melecur setelah terkena minyak bahan api ketika menjalankan tugas di bilik enjin kapal di terminal Jimah Energy Ventures (JEV), Port
Dickson, dalam kejadian kira-kira 9.05 malam, 7 April 2021.
Jabatan
Laut Malaysia dalam satu kenyataan media pada 8 April 2021 memberitahu, kejadian
melibatkan pekerja warganegara Romania itu dibawa ke Hospital Port Dickson dan telah
dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Siasatan
awal masih dijalankan bagi kenal pasti punca sebenar kejadian. Satu pasukan
penyiasat dari Jabatan Laut Wilayah Tengah (Port Dickson dan Perlabuhan Klang)
telah ditubuhkan di bawah Seksyen 334(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
“Segala
prosedur terkini bagi mengekang penularan Covid-19 sebagaimana termaktub tetap
dipatuhi sepanjang proses siasatan.
“Kapal berkenaan masih berada di Terminal Jimah Energy Ventures (JEV), Port Dickson bagi tujuan pemunggahan kargo dan akan berlabuh sauh selesai aktiviti pemunggahan,” katanya, - KitaReporters