Insan & Komuniti 02 Feb, 2021

Video| Ustaz Ebit dihalang masuk ke kepulauan di Semporna! Tampil minta maaf kepada penduduk!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

Sumber : Facebook Ebit Lew


TIDAK tahu di mana silapnya, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew dikhabarkan telah dilarang untuk memasuki pulau-pulau sekitar Parlimen Semporna, Sabah untuk berdakwah dan menyampaikan bantuan kemasyarakatan di sana.

Menerusi suatu hantaran dalam laman Facebook milik beliau, Ustaz Ebit terpaksa menangguhkan seketika hajatnya untuk misi bantuan yang telah dirancang khusus buat masyarakat di kepulauan berkenaan.


Lagi kisah-kisah berkaitan Ustaz Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew



"Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah," tulisnya dalam Facebook.

Larangan untuk Ustaz Ebit berbuat demikian baru sahaja diterima olehnya pada sebelah pagi, sebelum ia mengambil keputusan untuk akur dan pulang ke Tawau, sebelum menaiki kapal terbang kembali ke Semenanjung Malaysia.

"Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna, minta diberhentikan bantuan di sekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun," katanya lagi.


Video| Alahuakhbar! Ebit Lew syahadahkan 157 orang suku Bajau Laut di Pulau Talaqan, Semporna


Ebit yang juga pengasas syarikat Transform Training & Consultancy memaklumkan beliau dan pasukannya telah menyiapkan segala kelengkapan dan keperluan untuk membina sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat.

Keperluan seperti kayu kayan dan tenaga pengajar untuk mendirikan sekolah kecil berkenaan sudah berjaya disiapkan, hanya menunggu ia dilaksanakan bermula hari ini sepatutnya.

"Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. Bukan sekolah saya. Tiada caj. Lebih kepada tempat nak aktiviti dan pendidikan. Sebab dekat sana tiada tempat untuk buat begitu,

"Dari bot jer bagi bantuan. Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua," katanya.




Sebelum ini tular sebuah rakaman video menunjukkan bahawa Ustaz Ebit berjaya mendakwah dan membawa masuk seramai 490 orang untuk memeluk agama Islam dengan mengucap syahadah dari 4 buah kampung sekitar Parlimen Semporna.

Selepas beliau berjaya mengIslamkan mereka, mengikut pelan asal Ustaz Ebit dan pasukannya akan turun ke pulau-pulau sekitar untuk terus berdakwah dan memberi pertolongan.

Namun usaha ini gagal disebabkan ada pihak berkuasa yang cuba menghalangnya dari berbuat demikian.




"Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan diteruskan.

"Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah," tulisnya di Facebook.

Ayuhlah kita memandang pada posisi positif mengenai perkara ini. 

Kemungkinan besar tindakan pihak tertentu yang menghalang Ustaz Ebit untuk berdakwah di kepulauan sekitar Semporna adalah disebabkan jumlah kes positif harian virus COVID-19 yang makin menjadi-jadi.

Ia juga mungkin disebabkan faktor keselamatan figura agama itu. - KitaReporters



1
0
16
0
1
You will be interested