Kisah Insan 02 Aug, 2020

Celaka betul! Melampau sangat! Prank daging korban sampah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
EDO Putra adalah salah seorang Youtuber di Indonesia yang sering memuatkan video gurauan (prank) bagi menaikkan jumlah tontonan saluran (channel) YouTubenya.

Sudah pelbagai prank dilakunya termasuk menghadiah sejumlah pelajar dengan telefon sedangkan kotak telefon pintar hanya mengandungi kertas. : KitaReporters

Edo Putra berbaju-T kuning dan rakannya mengutip sampah busuk untuk dijadikan bahagian lembu korban. - Kredit foto; Detik.Com.


Lagi cerita-cerita dari Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=indonesia


Dia suka melakukan prank dengan menggunakan sampah seperti yang pernah dilaku oleh seorang Youtuber bernama Ferdian Paleka beberapa bulan dahulu. 

(Cerita mengenai Ferdian Paleka: Padan muka kau Ferdian! Prank orang, akhirnya dicekup polis!)

Namun Edo Putra, lelaki dari Palembang, Sumatera Selatan ini kini melakukan prank yang melampau dan boleh membusukkan nama agama Islam.

Seorang wanita menjadi mangsa prank Edo. - Kredit foto: Detik.com


Ketika Hari Raya Korban ini, Edo Putra melakukan prank dengan menghulur sumbangan daging korban kepada beberapa wanita yang pada mulanya gembira menerima sumbangan itu.

Sebenarnya bungkusan beg plastik hitam yang diserah sebagai daging korban itu sebenarnya hanya mengandungi sampah busuk.

Orang-orang yang menerimanya menyumpah apabila mendapat daging korban itu yang sebenarnya sampah busuk lalu membalingnya.

Seorang wanita menerima bungkusan daripada Edo yang mengatakan ia daging korban. Kredit foto: Detik.com


Perkara itu dirakam dan dijadikan bahan lawak Edo Putra dan rakannya yang membantu membuat video prank berkenaan. Video berdurasi 11 minit 56 saat itu dimuat naik pada Jumaat, 31 Julai 2020 lalu dengan tajuk "Prank bagi daging ke emak-emak isinya sampah #The real prank".

Video bermula dengan Edo dan rakannya membawa dua beg plastik hitam. Ternyata beg plastik itu digunakan untuk membungkus sampah yang hendak diberikan kepada wanita-wanita yang sudah berkahwin. Kedua-duanya menuju ke sebuah longgokan sampah yang lepas dibakar. Sampah itulah yang diberi kepada wanita-wanita itu.

"Kami sudah siapkan beg plastik, kami akan beri  sampah, kita beri dari rumah ke rumah-rumah," kata Edo yang memakai kemeja-T berwarna kuning dalam video tersebut.

Tidak lama kemudian, Edo terbatuk dan hendak muntah kerana mual ketika mengangkat sepotong sampah. Kemudian mengunjung beberapa rumah yang menjadi sasaran.

Video seterusnya menunjukkan si penerima marah-marah lalu membuang plastik sampah itu dan Edo serta rakannya ketawa terbahak-bahak.

Tayangan video boleh dsifatkan biadab itu dikritik oleh sejumlah penonton yang menganggap video tersebut sebagai tidak layak disiar untuk sambutan Hari Raya Korban. Ia dianggap sebagai prank yang melampau.

YouTube Edo Putra kini mempunyai lebih 10,000 pelanggan. - KitaReporters

                                                              
You will be interested

Walaupun OKU, Ahmad Farid tabah hadapi kehidupan! Tak dapat pekerjaan, kini nak berniaga pula

Ahmad Farid Abdul Aziz dari Felda Calok Barat, Setiu ada penyakit saraf. Peroleh sijil komputer tapi tak diberi peluang pekerjaan. Kini mahu cuba berniaga pula

Video| Cari lelaki ini! Acu pisau, pijak leher anak! Tertekan masalah hidup, anak jadi mangsa?

Tular video yang tunjukkan 2 kanak-kanak menangis ketakutan kerana didera selepas dipijak pada leher dan diacu pisau oleh bapa kanak-kanak itu di Kunak, Sabah
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 18 hours ago

Kematian husnul khatimah! Imam meninggal dunia ketika sujud solat maghrib! Akibat sakit jantung

Seorang imam Sofyan, 58, meninggal dunia ketika sujud pada rakaat pertama solat maghrib di Dusun Wonogiri, Malang, Jawa dipercayai kerana serangan sakit jantung
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 19 hours ago

Berita Terkini| Kanak-kanak perempuan 11 tahun digigit anjing liar! Terima rawatan di hospital

Kanak-kanak 11 tahun, Syauqina Rifqa, yang baru pulang daripada kelas agama di sekolah digigit anjing liar di rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
News Editor 2 in Kisah Insan 1 day ago

Disebat di khalayak ramai! Pasangan berzina disebat 100 kali! Lelaki anjur judi kena 18 kali!

Pasangan, Muis Syahputra dan Sumanti, yang terbukti lakukan zina jalani hukuman sebat 100 kali setiap seorang di Aceh Tamiang dengan disaksi oleh orang ramai
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 1 day ago