Seni & Sukan 08 May, 2020

Padan muka kau Ferdian! Prank orang, akhirnya dicekup polis!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

BUDAYA mengenakan orang lain, gurauan melampau atau dipanggil ‘prank’ memang terkenal di negara Barat. Kebanyakan masyarakat Barat menerima budaya tersebut sebagai hiburan. Namun, di negara-negara Asia, budaya tersebut tidak begitu popular kerana dianggap biadab atau kurang ajar walaupun niat untuk bergurau. : KitaReporters



Adakalanya aksi ‘prank’ dibuat secara keterlaluan sehingga menyentuh isu-isu sensitif seperti perkauman, agama dan sifat kemanusiaan. 

Ia secara nyata tidak boleh diterima khususnya masyarakat Asia.

Baru-baru ini, seorang Youtuber dari Indonesia, Ferdian Paleka bersama rakan-rakanya menerima padah kerana melakukan aksi 'prank' dengan memberi bantuan berupa sampah kepada golongan memerlukan.

Bayangkan mereka datang dalam keadaan teruja kerana betul-betul memerlukan bantuan makanan, namun diperlakukan sedemikian.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di daerah Kiaracondong, Kota Bandung

Video itu tular dalam media sosial bukan sahaja di Indonesia tetapi juga di Malaysia.

Kebanyakan netizen tidak boleh menerima perbuatan yang dilakukan oleh Ferdian dan menganggap prank tersebut sebagai melampaui batas.

Dimaklumkan kejadian tersebut memang sengaja dibuat untuk menarik perhatian pengikutnya dalam saluran YouTube Ferdian Paleka.

Ferdian kelihatan murung ketika berada di balai polis.


Ferdian akhirnya menyerah diri di balai polis selepas dihantar oleh keluarganya. 

Video dan gambarnya di balai polis juga menjadi tular dalam media sosial hingga mendapat reaksi daripada netizen.

Rata-rata netizen berpuas hati dan mentertawakan Ferdian.

“Jangan dibuli kasihan, tapi bohong kahkahkah,” tulis seorang netizen seakan-akan melepaskan geram.

Netizen melepaskan geram dengan memperolok-olokkan Ferdian.


Malah, video dia dipermainkan atau ‘diprank’ oleh anggota polis menjadi ajukan kepada netizen.

“Kamu sebentar lagi bebas tapi bohong,” ujar suara di dalam video yang dipercayai anggota polis seakan-akan "menganjing" pemuda tersebut.


Perkataan ‘tapi bohong’ adalah ‘trademark’ Ferdian dalam media sosial. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Perbuatan ‘prank’ bukanlah budaya kita terutama yang beragama Islam apatah lagi dalam soal kemanusiaan pada bulan yang mulia dan suci ini. - KitaReporters


0
2
0
0
0
You will be interested