
Sissy akhirnya menemui jodoh untuk mulakan kehidupan baharu.
Namun rupa-rupanya Sissy dalam diam-diam sudah berpunya dan bakal menamatkan alam anak daranya pada pertengahan Disember 2025.
Bakal suami Sissy adalah seorang doktor yang pernah merawatnya ketika sakit awal tahun 2025.
Sissy berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul ‘Dengan Kamu’ yang berlangsung di Qeqoz Gifts & Cafe, Kuala Lumpur, petang Isnin, 1 Disember 2025.

Sissy berkata, suatu hari doktor itu menyatakan hendak berjumpa ayahandanya, Mohammad Kamil untuk projek kolaborasi kerana dia juga memiliki perniagaan.
Namun doktor itu mengambil kesempatan untuk meminang Sissy. Ayahanda Sissy kemudian meminta mereka saling mengenali dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
Menurut Sissy, bakal suaminya tidak mengetahui dirinya selebriti. Dia tidak mengikuti perkembagan hiburan dan tidak gemar menonton TV.

Lagu 'Dengan Kamu' akan didendang oleh Sissy pada majlis resepsi nanti
Tambah Sissy dia enggan bercerita lebih lanjut mengenai perkahwinan atas permintaan keluarga bakal suaminya.
Sissy masih belum ditunang dan majlis itu diadakan sebelum acara nikah.
Menurutnya lagi, majlis pertunangan dan akad nikah diada secara kecil-kecilan sahaja dan tidak menjemput banyak tetamu.
Sissy meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya dalam melayari rumah tangga.

Sementara itu, Sissy tidak menafikan lagu terbaharunya ‘Dengan Kamu’ akan dinyanyi pada majlis resepsi nanti.