Seni & Sukan 21 Feb, 2026

Video| Raya bukan sekadar content FYP! Lala Raya kupas erti sebenar raya! Agy jawab perihal suaranya!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Pempengaruh media sosial yang kini semakin aktif sebagai penyanyi, Muhammad Affizy Mohd Khairy atau Agy, tampil dengan single raya berjudul ‘Lala Raya’,  sebuah lagu pop moden berunsur trap bagi meraikan sambutan Aidilfitri dalam gaya generasi hari ini -- meriah, bergaya dan penuh momen yang “siap untuk dipost”.



Bagi Agy, raya bukan sekadar trend atau estetika -- ia sentiasa tentang keluarga. 

Menerusi “Lala Raya”, Agy secara kreatif memotretkan realiti kehidupan zaman sekarang yang menyambut raya dalam era media sosial, dikelilingi budaya OOTD dan pengejaran kandungan FYP dalam TikTok serta dari balang kuih ke sampul duit raya.

Hook bait lirik yang mudah melekat seperti “Raya Raya Raya... I sudah ready berbaju raya” bukan sahaja catchy, malah menggambarkan keterujaan menjelang 1 Syawal dan walaupun kedengaran sangat santai, karya ini sebenarnya membawa mesej yang jauh lebih mendalam.



Diinspirasikan oleh pengalaman peribadi Agy bersama keluarganya, ia  mengangkat persoalan halus tentang bagaimana sambutan boleh menjadi performatif dalam era digital, tetapi pada masa yang sama, mengingatkan bahawa inti sebenar raya tetap terletak pada keluarga.

Bukan pada apa yang dipamer, tetapi pada siapa yang ada di sisi kita iaitu suasana rumah yang riuh, adik-beradik yang sedondon, paklong dan mak ngah yang sibuk di dapur, serta momen kecil yang sering menjadi memori paling bermakna. 

Video muzik rasmi “Lala Raya” mengambil pendekatan visual yang stylish dan minimal, berinspirasikan dunia editorial di mana susunan posisi tubuh watak-wataknya pada awalnya digambarkan kaku dan tersusun rapi seperti grid Instagram.  

Visual ini sengaja dicipta bagi melambangkan betapa perayaan hari ini sering kali bersifat performatif atau hanya untuk tontonan umum. 

Bagaimanapun, mood video tersebut berubah menjadi lebih dinamik dan jujur apabila interaksi antara ahli keluarga mula menunjukkan kemeriahan sebenar yang tidak dirancang.



Namun apabila muzik semakin meningkat, susunan itu mula berubah. gerakan menjadi lebih bebas, interaksi lebih jujur, dan kekacauan yang terhasil bukan lagi untuk tontonan -- tetapi sebagai tanda kehadiran sebenar.

Peralihan visual ini menekankan bahawa walaupun cara sambutan berubah mengikut zaman, keluarga tetap menjadi pusat kepada perayaan tersebut. 

Akhirnya, mesej yang dibawa adalah ringkas tetapi jelas: “Apabila sambutan menjadi content, jangan lupa bahawa keluarga adalah makna sebenar hari raya,” ujar Agy. 

Dengan gabungan melodi yang mudah diikuti, lirik yang relatable, dan visual yang berani secara artistik, “Lala Raya” menawarkan sesuatu yang segar untuk musim perayaan 2026 -- sebuah lagu yang bukan sahaja meriah, tetapi juga bermakna. 



Sementara itu, masih menjawab pertanyaan setengah netizen yang. menyoalkan kenapa suaranya tak macam lelaki, Agy dalam platorm sosial medianya berkata, 'kalau diberi peluang aku pun ingin normal' bahkan bertanya soalan sama kepada Allah SWT.

Sehubungan itu, ramai juga yang berpihak padanya dengan kata-kata semangat antaranya seperti 'tiada manusia yang sempurna,' 'kita semua sama je, banyak kekurangan, you be you je'.

Malah penyanyi Liza Hanim turut sebak mengenangkan kenapa masih ada orang yang mempersoal ciptaan Allah. - KitaReporters



12
15
0
7
0
You will be interested