Ada yang keberatan pulang kampung untuk menemui ibu dan bapa mentua kerana sering bercakaran atau bermasam muka apabila bertemu.
Tetapi masih terdapat ramai menantu dan mentua mempunyai hubungan baik.
Malah ada mentua lebih rapat dengan menantu berbanding anak sendiri. Dan terdapat menantu yang lebih rapat dengan mertua berbanding ibu bapa sendiri.
Satu perkongsian dalam laman TikTok mencuri perhatian ramai apabila ia memaparkan seorang ibu mentua menghadiahkan gelang emas kepada kelima-lima menantunya. Ia sebagai tanda kasih dan penghargaan.

Seorang pengguna TikTok, @ndyayysof memuat naik video yang memperlihat lima bekas kecil diletakkan di atas meja dan di dalamnya tersimpan gelang emas untuk diberi kepada lima menantu.
Dan wajah si ibu mentua memancarkan kegembiraan dan rasa bangga.

Sementara kelima-lima menantu kelihatan sebak dan terharu menerima pemberian yang cukup bermakna itu.
