Anda mungkin telah mengetahui pengunaan robot yang boleh melakukan kerja manusia.
Tetapi robot yang dihasilkan kebanyakannya tidak memperlihat ciri manusia sebenar kerana perlakuan dan pergerakannya masih agak kasar.
Namun kajian dan penambahbaikan terus dilaku untuk menjadikan perlakuan dan pergerakan robot dapat mendekati ciri manusia sebenar.

Robot humanoid yang diberi nama Moya ini direka untuk meniru pelbagai ciri seperti manusia, daripada gaya berjalan dan ekspresi muka semula jadi sehingga kulit yang realistik dan suhu badan 89 hingga 96 darjah Fahrenheit (32 hingga 36 darjah Celsius).
Moya ciri wanita mempunyai ketinggian 165 cm dan berat 32 kilogram (70 paun).
Menurut kenyataan media DroidUp, Moya boleh dikonfigurasikan secara fleksibel dengan ciri jantina dan penampilan yang berbeza. Sama ada kekuatan komposisi versi lelaki atau keramahan elegan versi wanita.
Kedua-duanya boleh dikonfigurasi secara fleksibel mengikut senario berbeza seperti perniagaan, penjagaan kesihatan dan persahabatan.

Dengan kamera berkuasa AI di belakang matanya, Moya dapat mengesan orang dalam garis penglihatannya dan berinteraksi dengan mereka menggunakan ekspresi lisan dan ekspresi muka yang halus.
Robot biomimetik ini juga mempunyai kulit realistik yang hangat untuk disentuh.
DroidUp menyifatkan Moya sebagai ‘kemuncak dalam teknologi bionik’ yang dihasilkan.
DroidUp merancang untuk mengeluarkan Moya secara komersial menjelang akhir tahun 2026 dengan harga permulaan 1.2 juta yuan sekitar (USD$173,000) atau kira-kira RM681,000.
