Ia bagi meningkatkan popularitinya dan memajukan perniagaan dalam bidang produk kecantikan dan kosmetiknya.

Selain berminat dalam bidang perniagaan sejak sekolah rendah, Aliff juga berminat dalam bidang kesenian terutama lakonan dan nyanyian.
Setelah berpeluang berlakon dalam beberapa filem dan drama, Aliff ingin memperlihatkan bakatnya sebagai penyanyi.
Oleh kerana tiada syarikat rakaman yang ingin mengambilnya sebagai artis rakaman, Aliff menggunakan hasil keuntungan syarikatnya untuk menghasilkan lagu-lagu nyanyiannya.

Setiap lagu dan klip video menelan kos hampir atau lebih RM1 juta melibatkan kos studio dan rakaman video serta harga lagu, susunan muzik, pengarah, pelakon pembantu dan kru pengambaran.
Daripada jumlah itu, hanya tiga buah lagu/klip video kurang mendapat sambutan iaitu lagu/ klip video ‘Selawat Dodoi Anakku’ bersama isteri Nur Shahida (29.7 ribu), ‘Swipe Remix’ bersama Caprice (134 ribu) dan ‘Biar Apa Orang Kata’ (848 ribu tontonan).
Sementara 12 lagu yang lain telah ditonton lebih sejuta kali dalam media sosial YouTube dengan yang tertinggi ialah lagu ‘Raya Ya Ya’ feat Iman Troye pada 2025 (7.9 juta).
Ia membuat Aliff terpaksa turun naik mahkamah tetapi akhirnya bebas setelah didapati tidak bersalah.

Aliff yang lahir pada 3 April 1987 di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang, lebih banyak menerima kecaman berbanding pujian, sekali gus menyebabkan dirinya kecewa.
Aliff menganggap dirinya mampu menjadi penyanyi yang baik dan diminati berdasarkan sambutan terhadap lagu/klip video yang dihasilkan setakagt ini.

Walaupun sejumlah orang ramai termasuk isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tidak membenar dia merakam lagu baharu lagi, namun Aliff enggan tunduk dengan desakan itu.


Selain itu, Aliff juga mencari komposer popular untuk mencipta lagu-lagu ‘pasti meletop’ bagi membolehkan lagu-lagu nyanyiannya diputar melalui siaran radio dan dia dapat muncul dalam program hiburan TV dan bertanding dalam pertandingan TV3, ‘Muzik Muzik’.
Dia juga berhasrat muncul berduet dengan beberapa penyanyi popular dengan pilihan utamanya Datuk Seri Siti Nurhaliza setelah berjaya menyanyi bersama Iman Troye.

Soal modal tidak menjadi masalah kepadanya. Malah bukan mustahil di bawah syarikat induknya, Aliff akan mempunyai syarikat rakaman sendiri.

Aliff tetap menyatakan dia sebagai penyanyi paling popular di Malaysia dengan alasan lebih 10 lagu single yang dirakam mencapai tontonan lebih jutaan kali.
- ABANG NAK TEGUR feat Nur Sajat (5 juta tontonan)
- ABANG NAK TEGUR 2.0 feat Nur Shahida (7.4 juta)
- ABANG NAK TEGUR 3.0 feat Nur Sajat dan Nur Shahida (3.1 juta)
- BOBO DI MANA feat Lucinta Luna dan Nur Sajat (8.7 juta)
- AGAMA KEDAMAIAN feat Nur Shahida (2.1 juta)
- SELAWAT DODOI ANAKKU nyanyian bersama Nur Shahida (29.7 ribu)
- COWOK BARU feat Upiak Isil (2.2 juta)
- CUBA BAHAGIA (3.1 juta)
- BIAR APA ORANG KATA (848 ribu)
- JOM RAYA feat Bella Astillah dan Zizi Kirana (3.2 juta)
- KELEPOK RAYA 2022 feat Nur Shahida (3.3 juta)
- BABY SAYANG feat Baby Shima (1.7 juta)
- SWIPE REMIX feat Caprice (134 ribu)
- CHU KU CHUK RAYA (3.3 juta)
- RAYA YA YA feat Iman Troye ( 7.9 juta) - KitaReporters