Seni & Sukan 02 Mar, 2026

Video| Berniaga sambil bertemu peminat! Sophia Albarakbah jual air kelapa pandan di bazar Ramadan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Pada bulan Ramadan, muncul banyak golongan peniaga bermusim dengan menjual aneka juadah berbuka. Banyak tempat berniaga sementara diwujudkan pihak berkuasa tempatan selain banyak juga tempat berniaga tanpa permit.

Malah terdapat sejumlah insan seni yang turut  cuba mencari rezeki dengan membuka gerai juadah dan minuman.



Salah satu selebriti yang berniaga pada bulan Ramadan 2026 ialah pelakon sensasi masa kini Sophia Albarakbah, 32.

Sophia yang lahir pada 15 Julai 1993 berkongsi dengan kakaknya membuka sebuah gerai di dalam Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Apa yang dijual bukannya makanan atau minuman yang biasa dijual ketika Ramadan. 

Sophia menjual kelapa pandan sebagai air minuman berbuka puasa. Sophia akan berada di gerai itu membantu kakaknya berniaga jika dia tiada kegiatan lain. 


Sophia berada di gerainya jika ada kelapangan

Dengan Ramadan sudah memasuki sepertiga bulan, Sophia hampir setiap hari berada di gerai kelapa pandannya. Dan dia akan berniaga sehingga 12 Mac 2026.

Jualan kelapa pandan Sophia mendapat sambutan. Jika pada hari pertama sebanyak 100 kelapa pandan terjual, ia meningkat kepada 200 biji pada hari-hari berikutnya. 

Kelapa pandan yang diberi jenama 'Klapa' itu dibawa dari Thailand dan dijual RM8 sebiji.

Sophia cuba menarik minat orang ramai minum air kelapa tanpa dicampur dengan ais untuk mendapat  nikmat sebenarnya daripada buah kelapa.

Kehadiran Sophia menjadi daya penarik untuk melariskan jualan kelapa pandannya. Selain membeli, sebahagian pengunjung mengambil kesempatan untuk berfoto atau mengambil video dan beramah mesra dengan Sophia.


/

Sophia mengambil kesempatan bermesra dengan pengunjung Piknik Iftar di Stadium Merdeka

Dan Sophia memperlihat keramahannya dengan pengunjung dan tiada masalah untuk diambil gambar dan video bersama. Bagi Sophia ia merupakan peluang baik untuk bermesra dengan para peminat. 

Sophia memperlihat video dia berjualan dan beberapa foto melayan pengunjung dalam Instagramnya @sophiaalbarakbah.fc.

Bagi Sophia, peminat adalah sumber kekuatannya berjaya dalam bidang lakonan.

Sepanjang Ramadan, Stadium Merdeka selain memberi ruang berniaga turut mengadakan acara Piknik Iftar bagi membolehkan orang ramai berbuka bersama dengan keluarga atau kenalan.



Sophia mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2020, bermula dengan drama ‘Tercipta Satu Ikatan’ dan filem ‘Mimaland‘. 

Beliau yang berdarah kacukan Melayu, Arab dan Cina ini semakin popular sejak tahun 2025 dan kini bakat lakonannya turut merentas sempadan dengan menjadi antara selebriti Malaysia yang berpeluang berlakon di Indonesia.



Pada usia mencecah 33 tahun pada 15 Julai 2026, Sophia yang merupakan sepupu penyanyi Aisha Retno ini masih belum membayangkan akan mengakhiri zaman bujangnya. Dia pernah digosip dengan beberapa insan seni termasuk di Indonesia yang pernah berlakon bersama. - KitaReporters


9
14
0
12
0
You will be interested