Seni & Sukan 13 Feb, 2026

Catat rekod! Festival layang-layang sedunia himpunkan 56 negara di Johor! Ada panic button di Melaka!

Share this

Syabas dan tahniah kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) setelah berjaya menobatkan nama Malaysia di pentas antarabangsa melalui Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-28 dengan menghimpunkan 650,000 pengunjung.


Antara negara yang menyertai festival layang-layang ialah peserta dari benua Amerika Utara.
Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah berjaya menobatkan nama negara di persada dunia.

Lebih menarik lagi apabila festival ini diiktiraf bagi kategori 'Penyertaan Negara Terbanyak dalam Acara Penerbangan Wau' oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

Dengan penyertaan 56 buah negara dan 153 peserta serta 650,000 pengunjung membuktikan kekuatan sinergi semua pihak dalam usaha menjadikan Pasir Gudang sebagai destinasi festival bertaraf dunia.

Festival yang diadakan pada 10 Februari 2026 tersebut membuktikan festival ini sebagai platform diplomasi budaya yang menyatukan kreativiti, warisan dan persahabatan merentas benua.



Macao juga tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama menyertai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-28 di Pasir Gudang.

Sementara itu, Melaka muncul menjadi menjadi negeri pertama dalam negara yang mempunyai kemudahan 'panic button' atau butang panik (kecemasan).

Sistem di bawah seliaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tersebut telah direka bagi membolehkan bantuan kecemasan sama ada perubatan atau keselamatan disalurkan dengan pantas, tepat dan berkesan.


Peluncuran kemudahan 'panic button' di Melaka pada 7 Februari 2026.

Sehingga ini sebanyak empat lokasi strategik telah dilengkapi kemudahan 'panic button' iaitu di Pekarangan Menara Taming Sari, Taman Warisan, Jonker Walk, Stadthuys Melaka dan hadapan Bastion House, Bandar Hilir.

Adalah dijangkakan sistem 'panic button' terbabit mampu mempercepat proses bantuan kecemasan, baik perubata atau keselamatan, dalam masa yang begitu singkat. - KitaReporters


Kemudahan "panic button" yang disediakan mampu memberi bantuan pantas ketika situasi kecemasan dan keselamatan.

12
7
0
9
0
You will be interested