Seni & Sukan 04 Feb, 2026

Video| Kebenaran tak kenal penat! Papa Zola filem tempatan ketiga tertinggi kutipan! RM65j, 50 hari!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Filem animasi tempatan kini berjaya membuktikan mampu bersaing dengan cereka antarabangsa di pawagam.

Dalam beberapa tahun kebelakangan sebahagian besar filem animasi yang dihasilkan mampu mencapai kutipan memberansangkan di pawagam.




Setelah kejayaan filem animasi seperti ‘Upin dan Ipin’, ‘Mechamato’, ‘Boboi Boy’ dan ‘Ejen Ali’, kemunculan ‘Papa Zola The Movie’ (Papa Zola) mendatang kejayaan luar jangkaan.

‘Papa Zola’ arahan Nizam Razak juga pemilik suara Papa Zola, pada asalnya hanya disasarkan mengutip RM40 juta oleh syarikat pengeluar Monsta Studios. Namun ia mampu melangkah lebih jauh.

Setelah mengatasi ‘Ejen Ali The Movie 2’ (RM59.3 juta), ‘Papa Zola’ kini berjaya menjadi filem tempatan dengan kutipan ketiga tertinggi sepanjang zaman di Malaysia.



Dan Monsta Studios sudah merancang sambungan ‘Papa Zola’. Mungkin kali ini akan  ia akan memapar watak Mama Zola. 

Sehingga 29 Januari 2026 iaitu selepas 50 hari tayangan di Malaysia, Brunei dan Singapura, ‘Papa Zola’ berjaya mengutip RM65 juta.

Ia berjaya menewaskan filem ‘Sheriff: Narko Integriti’ yang mengutip RM64 juta.


‘Papa Zola’ berjaya melangkah penuh yakin daripada strategi promosi termasuk mengambil masa tayangan pada waktu cuti sekolah.

Dengan kisah ‘Papa Zola’ berbentuk kekeluargaan dan fokus kepada lelaki dewasa menyebabkan golongan dewasa turut berminat menontonnya.


Mula ditayang pada 11 Disember 2025, ‘Papa Zola’ mampu melangkau tayangan pada tahun 2026. 

Baharu 4 hari tayangan (14 Disember 2025), ia sudah mengutip RM10 juta. Pada hari ke-11 (21 Disember 2025), RM 25.6 juta), manakala pada hari ke-18 (28 Disember 2025) RM43 juta, hari ke 22 (1 Januari 2026) RM50 juta, hari ke-35 (14 Januari 2026) RM55.5 juta.

Dan memasuki hari ke-50 pada 29 Januari 2026, ‘Papa Zola’ berjaya mencapai kutipan RM65 juta.


Kutipannya akan bertambah kerana ia dijangka akan dijumlahkan daripada tayangan pada minggu ketiga Januari 2026 atau mungkin lebih daripada itu di beberapa pawagam.

Bagaimanapun filem ‘Mat Kilau; Kebangkitan Pahlawan’ (RM89.4 juta) dan ‘Blood Brothers: Bara Naga (RM76 juta) tetap sukar digugat.



Monsta Studio kini menyasarkan pasaran global. Setelah berjaya ditayang di Indonesia sejak 22 Januari 2026, ‘Papa Zola’ dialih suara ke beberapa bahasa untuk pasaran di India, Vietnam serta pasaran Asia Barat yang merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Turki mulai  April 2026. 

Kejayaan luar biasa ‘Papa Zola’ serta beberapa filem animasi lain dijangka akan mendorong pembikinan lebih banyak filem animasi yang bukan sahaja untuk golongan kanak-kanak malah untuk golongan dewasa. - KitaReporters


13
9
0
12
0
You will be interested