Seni & Sukan 09 Feb, 2026

Video| Ramai terkejut! Tengok keadaan terkini Maria Tunku Sabri! Nampak kurus, berusia dalam video!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. đź“§: [email protected]

Share this

Nama Maria Tunku Sabri sekali lagi menjadi bualan hangat dalam media sosial selepas satu rakaman video pendek memaparkan dirinya sedang bekerja di Skyhill Clinic tular dalam platform TikTok menerusi akaun @skyhillclinic.



Video bertajuk “Part 2 - Tengok macam mana kalutnya @mariajjcm kerja kat Skyhill” itu hanya berdurasi beberapa saat, namun impaknya cukup besar. 

Dalam klip tersebut, Maria kelihatan sibuk membantu pesakit di klinik. Namun apa yang benar-benar mencuri perhatian netizen ialah penampilannya yang jauh lebih kurus dan berubah ketara berbanding sebelum ini.



Maria Tunku Sabri bukanlah nama asing dalam kalangan pengguna media sosial. Dia merupakan bekas pembaca berita TV3 yang kemudian menjadi pengacara rancangan popular Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). 

Lebih dikenali sebagai seorang wanita yang ceria, lantang berkongsi perjalanan hidup, serta aktif mempromosikan gaya hidup sihat. 

Sebelum ini, Maria pernah terbuka berkongsi tentang perjuangannya dengan masalah berat badan berlebihan yang memberi kesan kepada kesihatan dan keyakinan diri.

Selepas bertahun-tahun berdepan obesiti kronik, Maria akhirnya membuat keputusan besar dengan menjalani pembedahan bariatrik pada 2 Julai 2025 di sebuah hospital di Ipoh. 

Keputusan itu dibuat bukan atas faktor kecantikan, sebaliknya demi kesihatan jangka panjang selepas mengalami masalah lutut, risiko diabetes serta kolesterol tinggi.



Namun, perubahan drastik itu tidak berlaku tanpa perhatian awam. Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pelbagai reaksi, khususnya daripada netizen yang tidak menyangka perubahan fizikal Maria begitu drastik. 

“Maaf, kenapa nampak sangat berusia? Berapa umur dia ya?” tanya salah seorang netizen.



Ada yang pada mulanya tidak percaya individu dalam video itu adalah Maria. 

“Memula aku takut salah orang, lepas tu keluar nama dia terus macam eh eh eh, memang dialah,” komen netizen itu terkejut. 

Dalam banyak komen tersebut, muncul juga netizen yang cuba memberi penjelasan lebih rasional tentang pembedahan bariatrik. 

“Bariatrik ni dia bukan buat kurus auto jadi lawa. Dia lebih kepada kurus untuk nak kesihatan bagi mereka yang ada obes yang kronik,” jelas netizen tersebut.



Komen ini membuka mata ramai bahawa bariatrik bukan sekadar soal rupa, tetapi melibatkan rawatan perubatan serius untuk menyelamatkan kesihatan.

“Bagi saya okay ja. Asal sihat, cergas, gembira dan yakin. Nampak tua pun tak apa, tak cucuk pelik-pelik. Bagi saya cantik sangat,” akui netizen. 

“Ramainya join mengata. Apabila kita semakin berusia, apakah kita kena kekal kelihatan seperti usia 20-an? Sekurang-kurangnya dia hebat sebab masih mampu bekerja dan aktif pada usia sekarang,” bidas seorang netizen yang kecewa melihat komen orang ramai yang mengecam.


 



Bariatrik bukan sekadar tentang menjadi kurus, tetapi tentang memilih hidup yang lebih sihat. 

Dalam dunia yang cepat menghakimi, mungkin sudah tiba masanya kita melihat perubahan bukan dengan mata yang menghukum, tetapi dengan hati yang memahami. - KitaReporters



14
12
0
12
0
You will be interested