Seni & Sukan 18 Feb, 2026

Colour of Malaysia @ Taiping Perdana! Lebih 40 lukisan dipamerkan! Bandar Taiping kaya nilai sejarah!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: [email protected]

Share this

Pameran Colour of Malaysia @ Taiping Perdana menjadi medan kepada pelukis untuk mempamerkan karya lakaran masing-masing.



Mohd Kamil Shafie (dua, kiri) memotong riben sebagai tanda merasmikan pameran Colour of Malaysia @ Taiping Perdana di Taiping.


Ia memberi ruang kepada pelukis di Taiping untuk mempamerkan karya di sebuah hotel di bandar warisan Taiping.

Menariknya pameran itu mengetengahkan lebih 40 buah lukisan catatan, cat air, akrilik dan sebagainya bermula pada 11 Februari 2026 hingga berakhir pada 3 Mac 2026.

Pameran yang boleh dilihat oleh khalayak seni itu merupakan karya anak tempatan yang mempunyai bakat untuk melakarkan karya di atas kertas dan kanvas.


Dua pelukis sedang melihat salah sebuah karya yang dipamerkan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Tourism Perak Datuk Mohd Kamil Shafie dalam ucapan berkata, pameran yang diketengahkan ini membantu menjenamakan Taiping dalam berteraskan sejarah dan warisan.

Katanya, bandar Taiping adalah bandar bersejarah kerana Taiping mempunyai yang pertama di negara ini seperti stesen keretaa pi, penjara, sekolah Inggeris dan Zoo Taiping and Night Safari.

"Seni visul yang dipamerkan ini berbentuk pendidikan dan mempunyai mesej yang tersendiri disampaikan oleh pelukis," katanya pada majlis perasmian di Hotel Taiping Perdana di Taiping pada 11 Februari 2026.


Mohd Kamil Shafie melihat sebuah karya seni yang dipamerkan pada Pameran Colour of Malaysia di Taiping.


Mohd Kamil berkata, di Barat, pelukis hidup mewah kerana karya yang dihasilkan mempunyai nilai yang tinggi.

'Saya yakin bandar ini kaya dengan kebudayaan dan kesenian yang menjadi sumber inpirasi untuk pelukis berkarya dengan lebih gigih," katanya.

Beliau berkata, usaha ini juga mampu menarik kemasukan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026. - KitaReporters


Sebahagian peminat seni bergambar dengan Mohd Kamil Shafie (tiga dari kanan) selepas majlis perasmian Colour of Malaysia @ Taiping Perdana.

13
15
0
8
0
You will be interested